Wednesday

Peristiwa & perang besar dlm Ramadhan

assalamualaikum semua..

dh lama x dpt update blog :P

minggu lepas,alhamdulillah..dengan izin Allah dpt ana menghadiri program iktikaf di masjid al-munawwarah seksyen 27 Shah Alam anjuran ISMA selangor.Beberapa pengisian yang menarik telah dijalankan antaranya grup tadarus ana,mentadabbur surah al-kahfi,lengkap dengan fakta saintifik yang dibawakan oleh al-akh alwi,perang2 & peristiwa besar yg mencork sejarah Islam dalam bulan Ramadhan,serta kesah kehidupan pejuang2 dn Mujaddid Islam abad ke 20 & 21,juga sharing moment dgn para pioneer2 dlm gerakan isma di selangor ni.(tp ana tertdo masa tu:P,so x dpt crita lanjut la.hehe)

InsyaAllah,utk entry ni ana nak kongsikan bersama,peristiwa2 yang berlaku dlm bulan Ramadhan,dan signifikan dan kesah lanjut tntg peristiwa itu akan dijelaskan pada entry seterusnya,InsyaAllah jika berkesempatan.

Berikut dicatatkan sebahagian daripada peristiwa itu bagi tatapan dan renungan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini.(even dh nk habis)

Turun ayat qur'an pertama

1. Di bulan Ramadhan al-Qur’an mula diturunkan dengan turunnya ayat yang pertama sehingga yang kelima surah al-‘Alaq kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an, bulan untuk membaca al-Qur’an sebanyak yang boleh.

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah."


Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan



Badar al-Kubra

Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."

2. Tahun kedua Hijriyah, terjadi peperangan Badar al-Kubra. Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an sebanyak yang boleh.Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan.(kesah badar kubra ada dlm surah al-anfal,jika ada kesempatan ana akn masukkan kesahnya pd entry akn dtg.)


Zakat Fitrah

3. Pada tahun kedua Hijriyah juga, zakat fitrah mula disyariatkan. Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta.

Perang Khandaq-perang pertama dgn tentera ROM

4. Di bulan ini tahun kelima Hijriyah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh di Khandaq yang mana peperangan itu terjad pada bula Syawal pada tahun itu juga. Di dalam peperangan yang dinamakan juga sebagai peperangan al-Azhab ini pejuang Islam telah mendapat kemenangan gemilang.

Fathul Makkah

5. Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam

Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata

Runtuhnya berhala2 gergasi


6.Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa kumpula sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

Perang Tabuk

7. Pada tahun ke sembilan Hijriyah terjadi peristiwa peperangan Tabuk dan Baginda kembali pulang dari peperangan pada bulan itu juga.
Di bulan Ramadhan tahun yang sama rombongan dari kota Taif tiba di Madinah. Rombongan ini memeluk agama Islam di hadapan Baginda dan mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun

Keislaman Raja Himyar

8. Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.

Keislaman Suku Hamdan di Yaman

9. Pada tahun ke sepuluh ke Hijriyah Baginda mengutus rombongan yang diketuai ‘Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan(sapa tu?:P) yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari.

Pulau Rudes ditakluki!!

10. Pada tahun 53 Hijriyah pejuang Arab Islam dapat menakluki pulau Rudes,dekat Italy.

Pendaratan di Andalus!

11. Pada tahun 91 Hijriyah pejuang Islam mula mendarat di Selatan Andalus.
Pada tahun 92 Hijriyah ketua pejuang Islam Tariq bin Ziyad dapat mengalahkan Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.

12. Pada tahun 129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

13. Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijriyah berakhir sudah pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

Selesai Pembinaan Azhar al-syarif

14. Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijriyah al-Jami'ah al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat beribadat dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara'.

Penaklukan semula Baitul Maqdis

15. Pada tahun 584 Hijriyah Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pehak kaum Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada mulanya Salahuddin al-Ayyubi bermaksud memberi rehat kepada para pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal tiba terlebih dahulu, maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu, lalu mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan melawan kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak kemenangan sehingga pertengahan bulan ini.

Peperangan Ain Jalud : [ISLAM VS Mongol -Tartar-] -->Tartar K.O.

16. Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan SaifuddinQutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di satu tempat yang bernama AIN JALUT,di Palestin.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

Peperangan BALAT AS-SYUHADA'

17. Ini adalah peperangan terpenting umat islam,di mana berlaku pertembungan antara tentera Islam dr Andalusia pimpinan Abdur Rahman Al-Ghafin dan kristian pimpinan Charles martel,di di perancis.Tetapi,peristiwa Uhud berulang kembali,ketika tentera Islam mencecah 120,000 kekuatan anggota menentang tentera charles dgn anggota 30,000 shj,tentera Muslim tewas dan dibunuh,dicincang satu persatu.Mayat bergelimpangan dan dipijak2 tentera kafir.Peperangan ini berlaku dh masuk setengah kwsn perancis,di satu lembah,yang mneyaksikan daulah Islam tersekat di bumi europe.Andaikata menang perang tersebut,maka seluruh Eropah akan menjadi negara Islam.Tapi taqdir menentukan,kesilapan sama di Uhud di ulang kembali.

18. Penyerahan Bandar Ta'if


Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


Peperangan Zallaqah : Portugal

19. Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Peperangan Yakhliz

20. Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.


Tertatkluknya Garis Bar Lev,Israel-[Perang YOM KIPPUR(bhsa hebrew)]

21. Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.


Kemenangan perang al qadisiyyah

22. Pd 16 Hijrah,9 Ramadhan,kemenangan islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqos.tentera islam seramai 10000 orang, tentera parsi 120000 orang.

Kemenangan ke atas Sindi (skrg ni india ler kut)

23. Kemenangan islam di negara Sindi,rajanya bernama Dahir dibawah pimpinan Muhammad bin Al Qosim Al Thaqafi. menangan islam di negara Sindi,rajanya bernama Dahir dibawah pimpinan Muhammad bin Al Qosim Al Thaqafi. pada 89 hijrah,7 Ramadhan.


Kemenangan atas negara Harim.

24. Tentera islam di bawah pimpinan Nuruddin Az Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salibiyyah pada 559 Hijrah,9 Ramadhan.

Kemenangan ke atas Parsi.

25.Kemenangan islam ke atas Parsi dalam perang buih di Iraq,Parsi diketuai oleh Panglima Mahran pada 14 Hijrah 11 Ramadhan.

Wafatnya Saidina Abbas

26. Saidina Al Abbas bin Abdul Mutalib meninggal dunia pada 32 Hijrah,12 Ramadhan

Pembukaan Kota Antokiyyah

27. Kemenangan islam di bawah panglima Zahir Bibras dan berjaya membuka kota Antokiyyah di Sham pada 666 Hj 14 Ramadhan.

28. pada 15Hijrah,3 Ramadhan,Kelahiran Saidina Hassan bin Ali.


29. Pada 17 Ramadhan 40 Hijrah,pengkhianatan dan pencerobohan Khawarij terhadap Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib di Mihraj Masjid Kuffah.


30. Pada 17 Ramadhan 58 Hijrah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah bin Abu Bakar As Siddiq wafat.


31. Pada 19 Ramadhan 223 Hijrah Al Muktasim menyahut pertolongan muslimat yang telah dibuka auratnya oleh golongan kuffar di Ammurah,Turki.


32. Pada 22Ramadhan 6 Hijrah ,Sempurnanya pengutusan pasukan sarayya (pengintip) Zaid bin Harith ke Ummu Qurnah.

33. Pada 23 Ramadhan,62 Hijrah,Kemenangan kerajaan islam Hamdaniyyah ke atas tentera tentera Baizantiniyyah di Halab.

34. Pada 26 Ramadhan,927 Hijrah Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

35. Pada 30 Ramadhan, 94 Hijrah Kemenangan tentera islam di bawah Panglima Musa bin Nusair dan pembukaan kota Mardah serta kepongan ke atas Salibiyyah.


Semua peristiwa2 di atas amat menyentuh jiwa kita sebagai Muslim,jika benar2 menghayati apakah natijah di sebaliknya.Dengan sejarah ini juga membentuk geografi kwsn Negara Islam dan memberi impak yang besar kepada tamadun Islam.

Ingin tahu cerita2 tersebut secara lanjut?insyaALlah,lawatilah entry akan dtg :)



1 comments:

niqobi said...

salam... alhamdulillah.. perkongsian @ entry yg sgt ilmiah... smoga kite sama2 dpt menghayati peristiwa2 tersbut..
5 hari lagi Ramadhan akan berlalu..:(( jom sama2 merebut ganjaran di hari2 @ malam2 terakhir di bulan yg penuh keberkatan ini.. Jzkk (^_^)