Kesatuan Islam adalah Jalan Menuju Kemuliaan dan Kekuatan
Perutusan dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 15-10-2010
Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat.
Sesuai dengan kehendak Allah SWT yang mencipta manusia mempunyai kecenderungan untuk hidup berkumpulan jauh dari sifat individualistik dan mengasingkan diri kerana sesuai dengan tabiat dan fitrah manusia yang terikat dengan kehidupan secara berkumpulan. Sesuai dengan masa yang berlalu, hidup secara berkumpulan menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk menuju konsep baru yang dikenali sebagai kesatuan, agar orang yang mengasingkan diri tidak menjadi mangsa dari umat dan bangsa yang sejarah dan latar belakang pendiriannya adalah mengorbankan bangsa lain, dan umat Islam sedang berhadapan dengan bangsa-bangsa yang sangat memerlukan kesatuan ini. Oleh kerana itu kesatuan adalah jantung dari sebuah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)
“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat”. (Ali Imran:105)'
“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka”. (Al-An’am:159)
“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah aku”. (Al-Anbiya:92)
“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku”. (Al-Mu’minun:52)
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi adalah seperti satu tubuh. Apabila ada sebahagian dari tubuhnya sedang sakit, maka bahagian tubuh yang lain turut merasakannya, sehingga membuatnya tidak boleh tidur dan demam”. (Muslim)
“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan lainnya”. (Bukhari Muslim).
“Kalian hendaklah berjamaah dan jauhilah dari perpecahan”.
Dunia Islam memiliki unsur kekuatan
Para pembuat peradaban Barat yang kini telah mengumumkan kemuflisannya dan memimpin umat manusia pada kebinasaan, sementara kita umat Islam memandang bahwa Islam adalah satu-satunya agama yang layak untuk menerima tampuk kepemimpinan umat manusia. Oleh sebab itu, para pemikir Barat ada yang menyedari akan peranan ini. Mungkin di antara tulisan yang paling tepat dalam memberikan gambaran tentang unsur-unsur kekuatan Islam adalah tulisan, “Powell Schamtaz” dalam bukunya (Islam adalah kuasa dunia masa depan), yang bertujuan memberikan pencerahan dan peringatan kepada bangsanya sendiri terhadap unsur -unsur kekuatan Islam. Beliau menyatakan unsur kekuatan asasi yang dimiliki umat Islam adalah:
- Kedudukan strategik yang dimiliki umat Islam di dunia.
- Pertumbuhan manusia yang begitu pesat di kalangan umat Islam, yang menjadikan pertumbuhan mereka unggul berbanding orang lain.
- Kekayaan sumber alam dan bahan mentah. Melalui sumber alam yang besar yang dimiliki umat Islam menyebabkan mereka mampu membangun kuasa industry yang terhebat di peringkat dunia.
- Islam adalah unsur kekuatan paling penting di tengah masyarakat Islam. Menurut “Schamtaz” adalah: “Demikianlah agama yang memiliki kekuatan bagaikan ‘sihir’ untuk menghimpunkan perbagai jenis manusia di bawah satu bendera setelah menghilangkan perbezaan bangsa dan keturunan dari jiwa mereka, memiliki tenaga ruh yang mampu mendorong orang beriman mempertahankan tanahairnya dan sumber kekayaannya sehingga sanggup mengorbankan apa jua yang dimiliki hatta nyawa mereka sendiri”.
Dia juga berkata: “Sejarah akan berulang kembali, bermula dari daerah kuasa Islam dunia pertama diraih. Kuasa ini akan muncul apabila berpegang teguh pada Islam dan bersatunya pasukan tentera. Kuasa ini akan kukuh dan wujud apabila umat Islam menyedari bagaimana mengeluarkannya dan mengambil manfaat darinya, dan seterusnya mampu mengimbangi kuasa dunia lainnya”.
Seorang penulis Inggeris (Heller Block) berkata: “Sesuatu peradaban yang mana tonggak-tonggaknya terikat dengan ikatan yang kukuh, bahagian tepinya saling berpegangan dengan kuat dan membawa bersamanya ideologi seperti Islam, tidak sekadar sedang menunggu masa depan yang cerah saja namun juga akan menjadi bahaya bagi musuh-musuhnya. ”
Ikhwan Muslimin dan kesatuan Islam
Agenda kesatuan Islam merupakan matlamat dakwah Ikhwan Muslimin yang tertinggi, bahkan ia merupakan tonggak utama dalam agenda kebangkitan ini. Justeru matlamatnya yang tertinggi adalah kesatuan seluruh umat Islam di pelbagai ceruk dunia dan menghidupkan kembali negara Islam raya mulai dari Ghana sebelah selatan hingga di bumi Afghanistan di sebelah utara.
Di antara petujuk utama didahulukan agenda kesatuan Islam dalam pemikiran Imam Al-Banna dan gerakan siasahnya adalah kerana perhatiannya yang mendalam terhadap isu membaiki hubungan antara mazhab-mazhab dalam Islam dengan kadar yang segera untuk membangkitkan sudut ini di medan Islam sehingga memberikan saham dalam pembentukan kumpulan yang mendekatkan mazhab-mazhab yang didirikan pada tahun 1948 di Kaherah.
Dalam Risalah Ta’lim Imam al-Banna, beliau berbicara tentang pemerintahan di negara Islam: “Dengan itu , supaya pemerintah dapat melaksanakan tugasnya sebagai pelayan bangsa, mendapat upah darinya dan bekerja untuk kemaslahatannya ”
Dalam risalah Muktamar Kelima dengan judul “Ikhwan dan nasionalisme, Arab dan Islam,” beliau berkata: “Bahwa Ikhwan Muslimin sangat mencintai tanahair mereka, dan sangat menekankan keutuhan dan kesatuan bangsa”.
Beliau juga menjelaskan bahwa gagasan Arab atau Liga Arab dalam kaca mata dakwah Ikhwan Muslimin mempunyai kedudukan yang sangat strategik dan penting. Ini kerana orang-orang Arab adalah umat Islam pertama, dan tidak akan ada kebangkitan Islam tanpa kesatuan bangsa Arab dan perpaduan mereka. Beliau juga berkata: “Bahwa batas geografi dan pembahagian secara politik yang dilakukan oleh penjajah Barat terhadap Negara Arab tidak mempunyai apa-apa nilai dalam menyentuh kesatuan Arab dan Islam”.
Halangan dalam menuju kesatuan Islam
Di antara permasalahan dan halangan utama yang dihadapi dalam menuju kesatuan Islam adalah isu perkauman iaitu fanatik kepada kaum dan bangsa yang menghilangkan nilai kemanusiaan dan pendidikan sama sekali. Oleh kerana itu seseorang individu hidup dalam penyimpangan persepsi, ideologi dan nilai; di mana bahasa dan warna kulit dan keturunan sebagai neraca kemuliaan, dan mengenepikan nilai utama yang telah ditetapkan al-Quran dan hadith nabi saw:
“Sesungguhnya yang paling mulia diantara kalian adalah yang bertaqwa”. (Al-Hujurat:13)
“Tidak ada yang lebih mulia dari bukan Arab ke atas Arab kecuali taqwa”
Kemudian isu kesukuan atau etnik, yang mendedahkan kebodohan umat Islam dan menyuburkan pertikaian dan konflik etnik, sebagai alat kepentingan peribadi sehingga membakar api peperangan dan pertikaian yang tidak ada gunanya sama sekali.
Akhirnya .. Kerajaan yang kalah adalah kelompok pemimpin yang lemah di dunia Islam yang rela menekan para pejuang kerana melaksanakan strategi mengikut, melakukan penindasan terhadap gerakan rakyat yang mengingini kebebasan dan kemerdekaan, mengabaikan sumber kekayaan umat baik material mahupun spiritual. Sekalipun ada perubahan pemikiran pemerintah di hadapan para pejuang, namun mereka tetap mempamerkan sikap yang penuh dengan kezaliman dan permusuhan. Dengan itu seseorang pemimpin terpisah dari bangsanya sendiri, menghalangi anggota masyarakat meraih dan mencari asas kesatuan, iaitu kesatuan pemimpin dan yang dipimpin.
Bagaimanakah caranya mewujudkan kesatuan Islam?
Pertama: Kembali kepada agama Islam dan aqidah Islam
Pengalaman Islam yang telah ditempoh semasa Nabi saw dan Khulafa Rasyidin yang merakamkan sejarah kemanusiaan tentang kejayaan yang sangat menakjubkan dalam mewujudkan masyarakat yang satu dalam ideologi, perasaan dan tujuan. Islam telah muncul di tempat yang di belenggu berbagai konflik suku, ras dan kelas. Kejayaan yang dicapai Islam mampu mencipta masyarakat yang menolak adanya diskriminasi ras (putih dan hitam), diskriminasi kelas (tuan dan hamba) atau diskriminasi suku atau etnik (Quraisy dan kabilah lainnya), persaudaraan menguasai setiap anggotanya, ukhuwwah antara Muhajirin dan Ansar begitu kuatnya, lenyap semua pertikaian antara suku dan kabilah arab, dan berakhir pula era perhambaan dan fanatik jahiliyah, era terbelenggu dari tangan-tangan pemerintah kejam, bahkan pelbagai suku telah bergabung ke dalam kesatuan negara Islam, seperti bersatunya Bilal al-Habsyi dan dengan Suhaib Ar-Rumi, dan Salman dari Parsi dan saudara-saudara lainnya dari suku Quraisy.
Di samping itu aqidah Islam juga mampu menyatukan hat-hati umat dan membersihkannya dari berbagai kotoran serta menguasai berbagai titik tolak dalam tubuh setiap individu mahupun masyarakat, dan menundukkan umat serta berinteraksi dengan mereka, sehingga sentiasa berada dalam kebenaran yang nyata ketika menetapkan pendirian dan meninggalkannya, terpancar seluruh tenaga anak bangsa dalam memberi sumbangan, berkreativiti dan membangun; yang itu semua merupakan cara yang kukuh untuk mencapai kesatuan Islam yang sebenarnya.
Kedua: membangun pertubuhan dan institusi yang kuat dalam bidang keilmuan, ekonomi, pendidikan dan sosial di semua lapisan masyarakat.
Dunia hari ini hidup di era pakatan besar yang dimainkan oleh negara-negara besar, blok-blok ekonomi dan politik yang besar, dimulai dari Amerika Utara; ada blok ekonomi yang disebut dengan (NAFTA), dan blok Eropah dengan ( EU), blok Asia Tenggara dengan (ASEAN) dan Afrika yang mempunyai blok Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS).
Di tengah-tengah ruang yang mengelilingi dunia dengan berbagai pakatan besar ini terdapat umat Islam yang senantiasa bercakaran dan berpecah belah. Bahkan sungguh menghairankan di saat terjadi kesepakatan kesatuan ekonomi Arab pada bulan Mac 1957, pada bulan dan tahun yang sama terjadi perjanjian Rom antara enam negara Eropah yang melahirkan kerjasama pasaran bebas Eropah bagi menyempurnakan gagasan yang dinamakan EU pada tarikh 1/1/1933, iaitu setelah 36 tahun dari perjanjian kerjasama tersebut, sedangkan perjanjian Kerjasama Kesatuan Ekonomi Arab telah gagal untuk kekal di dunia nyata ini.
Oleh itu keadaan hari ini sangat mendesak untuk mengoptimumkan pertubuhan-pertubuhan besar Islam sedia ada seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab, dan menghidupkan kembali Kesatuan negara-negara Islam yang diasaskan oleh Erbakan di Istanbul pada tarikh 29/5/1990, sempena mengenang tarikh penaklukkan kota Konstantinopel yang bertujuan menjadi pagar bagi kesatuan Islam, jika tidak ada konspirasi Barat atau usaha untuk menghentikannya.
Ketiga: Sedar tentang konspirasi musuh
Pada tahun-tahun sebelumnya telah membuktikan bahwa musuh umat Islam terus bertungkus lumus membahagi-bahagikan daerah dan memperkukuhkan blok-blok dari negara-negara Arab dan negara-negara Muslim; sehingga menjadi negara-negara kecil yang berasaskan etnik, suku dan mazhab, iaitu dengan mengambil kesempatan dari konflik-konflik minoriti yang tercetus di serata pelosok dunia Islam, yang selalu melaungkan pemisahan dan kemerdekaan.
Bukti yang paling kukuh adanya konspirasi ini ialah seperti yang berlaku di Sudan hari ini; di mana kuasa antarabangsa mengikat tali di tengkuk negara Sudan, yang kadang kala menarik tali sehingga tersedak tengkuknya dan kemudian meleraikan ikatannya; untuk memulakan peringkat membahagikan ‘harta rampasan’ sesama kuasa-kuasa besar tersebut.
Semua petanda ini menunjukkan konspirasi yang disengajakan untuk memisahkan Sudan selatan dari utara melalui referendum yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun 2011 di bawah kesepakatan damai selatan yang ditandatangani antara Garang dan Bashir di Naivasha, Kenya, pada 09/01/2005. Sekarang kita menyaksikan pelbagai gerakan antarabangsa yang lebih luas yang diterajui Amerika Syarikat dan melibatkan PBB untuk mengesahkan pembahagian melalui referendum.
Justeru apa yang patut kita buat?!,
Umat dan para pemimpin Islam dituntut untuk mengambil berat terhadap konspirasi yang sangat berbahaya ini supaya Sudan tidak hancur, kemudian kita menangisi susu yang tertumpah, kejahatan yang menghendaki pemisahan dan akan ada yang mengiringinya iaitu pertumpahan darah.
Kesimpulannya
Bahawa kesatuan Islam memerlukan kemahuan yang tinggi dan usaha yang besar yang tak kenal erti penat. Benar kemahuan rakyat Jerman sangatlah kuat dalam merobohkan tembok Berlin dan menyatukan kembali dua negara dan bangsa Jerman, hidup dalam satu negara, di bawah satu bendera. Sedangkan di Palestin telah dibina dinding pemisah untuk mengukuhkan pendudukan dan perampasan tanah dan menghalang pembentukan negara Palestin. Namun kemahuan dan keperwiraan rakyat Palestine terus menerus melakukan perjuangan mampu merobohkan dinding pemisah dan mengembalikan negeri mereka, dan akan tiba waktunya untuk merobohkan seluruh dinding yang dibina oleh para pemimpin yang zalim dan sombong kerana kemahuan rakyat mengatasi keangkuhan mereka.
“Dan mereka berkata: Bilakah itu terjadi, katakanlah waktunya sudah dekat”. (Al-Isra: 51).
Source : sini
0 comments:
Post a Comment