Saturday

mahasiswa/i jumud?

Siapa menjumudkan ISLAM?

berdemo di jalanan

menang sorak sana sini

siapa?mahasiswa yang digolongkan sebagai golongan cerdik pandai.tapi kasihan mereka..alangkah kurang cerdiknya tindakan2 yang menyebabkan Islam itu kelihatan jumud.

sebarang keputusan demokrasi yg tidak memihak kepada mereka,adalah tak bersih.Walaupun dah dilantik konsultan luar ,3rd party,wakil puak2 yang menentang e-undi untuk jalankan pemeriksaan terhadap sistem e-undi,terbukti tiada sebarang penyelewengan-mereka tetap menentang.Sebab?- depa kalah.

amboih....panglima perang..,belakang ada ramai  tentera muslimah

Kalau orang kata org islam./melayu ni jumud,betul tak?betul..sebab segelintir mahasiswa berkelakuan sebegini.Apatah lagi di UM.Mungkin mereka rasakan cara ini lah yang paling bijak untuk menyatakan "kebenaran".KONONNYA lah walaupun tak terbukti pun mereka ni di pihak yang benar.Yang mahasiswi pun sama naik tocang..

ada orang kata,aku ni tak tahu erti perjuangan.its ok..tapi inikah perjuangan Rasulullah?yang mereka tunjukkan tu.Sila buktikan.


dikatakan mereka ini bak muslimah yang berperang-hakikatnya?



dr malaysiakini.com


TNC UM pula didesak letak jawatan

Sekumpulan 50 mahasiswa dihalang daripada memasuki Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) bagi mendesak timbalan naib canseor bahagian Hal Ehwal Pelajar UM, Dr Azarae Idris meletakkan jawatan, susulan daripada keputusan pilihan raya kampus minggu lalu.

Diketuai pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah), Mohd Aizat Mohd Salleh, kumpulan tersebut sebelumnya, berarak daripada Akademi Pengajian Islam (API).

Pihak keselamatan univesiti membuat dua sekatan bagi menghalang kumpulan tersebut daripada terus mara, namun kesemua mereka berjaya meloloskan diri.

Sekatan pertama oleh anggota keselamatan universiti diadakan berhampiran Kolej Kediaman Kelima, manakala satu lagi berdekatan Kolej Kediaman Kedua.


Kompleks Perdana Siswa itu dikawal beberapa anggota polis ketika pelajar berkenaan berunding dengan seorang pegawai di situ untuk menyerahkan sebuah patung sebagai tanda 'mahasiswa ditindas.'

Pada kira-kira jam 4.15 petang, empat wakil pelajar, termasuk Mohd Aizat, dibenarkan masuk menyerahkan patung tersebut.

Tiga lagi ialah Pengerusi Pro-M UM, Mohd Shafie Hashim, Mohd Ridhuan Othman (Bantah) dan Zulfitri Amin (wakil aktivis pro-M).

Beberapa minit kemudian, mereka keluar selepas meletakkan patung tersebut di pintu pejabat Dr Azrae. Difahamkan beliau tidak berada di pejabat hari ini.

Sebelum itu, pada jam kira-kira 2.20 petang, kira-kira 25 mahasiswa berkumpul di akademi tersebut untuk berarak ke Kompleks Perdana Siswa (KPS).

Setibanya di KPS, jumlah mahasiswa meningkatkan kepada kira-kira 50 orang.

Selain menuntut Dr Azarae meletak jawatan, mereka juga mahukan pilihanraya kampus dijalankan dengan "bersih dan adil".

Dalam keadaan langit yang mendung itu, mereka membawa dua kain rentang dan poster yang bertulis "Jangan Ugut Mahasiswa, Bubarkan HEP Segera!!!", "Mahasiswa Tuntut Bersihkan Pilihan Raya", "TNC letak jawatan" dan "Demokrasi Kampus Mati".--->sapa la yang ugut diorang ni..perasan je kut tu..Bubarkan HEP. hahaha...statement paling kebudak2budakan.kalo bubar HEP,sapa nak handle hal ehwal pelajar?bijaknya..anak sapa la depa ni ye...budak2 memang camtu.,..nakkan perhatian..layan je la ye TNC.

Sepanjang jalan menuju ke KPS, mereka tidak putus-putus melaungkan antaranya "Hidup Mahasiswa", "Bebaskan Pilihan raya", "Bangkit Mahasiswa: dan " TNC HEP letak jawatan" selama kira-kira 40 minit. -----> asal kalah je..pilihan raya tak bebas..sama je otak cam pembangkang malaysia ni.

Manakala di Masjid Al-Rahman pula, mereka mengedarkan risalah kepada orang ramai selepas solat Jumaat.



alahai...muslimah..

Setibanya mereka KPS, hujan pun turun dengan lebatnya, beserta kilat sambung menyabung. Mereka sempat berkumpul di Gazebo (pentas terbuka) untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar.---> warning tu..seb baik tak kena sambar petir je.
Mohd Aizat dalam ucapannya mendakwa mahasiswa universiti itu "ditipu dengan sistem pengundian berkompter (e-undi) yang penuh dengan masalah".------> senang2 je wat statement..yang konsultan & wakil diorang yang g check sistem tu dok buat apa masa tu?nganga?ke mmg tak reti?

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya tersebut sedangkan siasatan HEP didakwa masih belum selesai.

Mereka juga tidak mengiktiraf majlis perwakilan mahasiswa yang akan dibentuk minggu hadapan kerana mendakwa ia hasil pengundian tidak telus.- apa kena la diorang ni..iskisk..

Beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai haran dan "lahir daripada sistem yang tidak telus, bobrok dan menipu mahasiswa."---> asal diorang menang je,halal,bersih,telus.orang lain menang,haram.fatwa mana la depa pakai ni..yg sblm ni depa menang,tkde lak apa2..sunyi sepi..

Mohd Aizat juga mendesak Dr Azrae meletakkan jawatan kerana didakwanya "tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik".--->dia tu bertggjwb ke?kalo bertggjwb,tak buat statement dan tindakan "budak tadika tu"

Sementara itu, Mohd Shafie pula berkata, demokrasi di kampus utama itu sudah mati "kerana pihak pentadbiran tidak mahu mendengar suara mahasiwa".-----> ke sebab mahasiswa wat perangai budak2..sapa nak dgr..

"Saya kecewa dan kesal. Bila kita mengadakan rundingan dan mereka berjanji untuk mengotainya, tapi bila tiba pilihan raya, suara kita langsung tidak didengari.

"Saya menuntut agar demokrasi kampus ditegakkan kembali," katanya disambut laungan "Tolak TNC HEP" dan "Sila Undur TNC HEP". ---> tolak ke mana beb?kank kena buang kampus..terhegeh2 merayu

Dalam pilihan raya kampus minggu lalu, Pro-Aspirasi menguasai semula UM apabila memperolehi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala Pro-M pula memperolehi 17 kerusi dan bebas memenangi tiga kerusi.

*****

kesian tgk mahasiswa ni..

sdgkan naik mpp setahun je..pro mana pegg pun..lebeyh kurg je..tocuh up n slogan je lain skit..pattern sama...sedarlah wahai mahasiswa..org putih org yahudi sibuk untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai Islam,yang diorang ni sibuk nak jatuhkan orang lain yang sama2 Islam..






al-kandahlawi



7 comments:

q.a said...

jumud, stereotype dan dot dot dot
cuma, bagi saya, golongan yang tidak jumud ini sepatutnya memikirkan satu method bagi mengubah kejumudan pemikiran pejuang Islam masa kini.

jika benar kita sayangkan Islam…
jika benar kita mahu melihat Islam tertegak…
ayuh sama2 kita fikirkan “idea yang TIDAK JUMUD untuk melahirkan pejuang yang TIDAK JUMUD”

“bekerja untuk Islam”

hamdan al-kandahlawi said...

idea2 dh dikemukakan al banna dah lama..dah dtunjuk Rasulullah awal lg..refresh,dan buat kerja masing2..bukan masalah idea dlm hal ni-tindakan tu yg menjumudkan.to q.a : baguih lg kalo perkenai diri

khaulah said...

kena bertindak dengan bijak... =)



p/s:- kesian dgn mahasiswi yang terlibat dengan demo2 mcm ni...=(

q.a said...

:)

al-Akh yang Concern said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Pro-Mahasiswa UM said...

Assalamu'alaikum akhi,

Ingin bertanya?

Akhi tahu ke situasi sebenar mahasiswa/wi di UM?

Pernahkah akhi bersama-sama mereka mendengar dan memberikan pendapat yang telus dan tulus semasa berbincang semeja?

Jika belum,
maaflah jika ana katakan,
gaya penulisan akhi sedikit kurang matang,
kerana mengkritik dengan hanya mendengar sebelah pihak [HEP UM? ] atau mungkin sekadar penilaian akhi dengan ruang rujuk pemikiran diri sendiri.. ?

Ambil tahu semua dahulu,
kemudian barulah diadili..
JANGAN TAKUT untuk memahami pemikiran aktivis mahasiswa UM..
JANGAN SELESA dengan pemikiran mahasiswa yang selesa dengan zon selesa... duduk sopan tak bersuara, sedang dibelakang, kiri dan kanannya pelbagai krisis dan masalah melanda..

"People only see what you did
when in fact,
they should be looking
at why you did it" Mfeoleo

Wallahu'alam, sekadar pandangan terbatas ana,
Terpulanglah untuk difahami atau diletak ke tepi..

Mudah-mudahan diperluaskan lagi pemikiran, agar tidak jumud..

Aminn..

hamdan al-kandahlawi said...

time kasih ats komen :)

moga pro M juga dibuka minda,supaya melihat sesuatu tindakan itu bukan mengambil kira pndgn sbg seorg "pelajar" shj.

bukan pertama kali perkara sebegini dilakukan di IPTA2 especially..tk perlu sebut.lebih banyak isu2 melibatkan IPTA yg perlu ditangani (tknak sebut)..

tp nampaknya,mahasiswa terasa lebih "matang" dengan memijak komputer,berdemo sakan,dan melalui penentangan.akhirnya,apa yang di bela sbnrnya?adakah dgn kekalahan mereka rakyat UM akan hancur dan terjun ke lembah maksiat?atau adakah dgn kemenangan mereka,rakyat UM akan berubah menjadi pelajar yang beradap sopan?kalo ya,buktikan di dlm tempoh kekuasaan di UM sblm ni,tapi nampaknya..menghampakan.

pndgn terbatas jugak..:) sbb manusia kan?jd terpulang kpd pndgn masing2 la.saya keja depan UM ni,bila tgk retorik yang berlaku tu,rasa muak,.Bukan saya sahaja,malah kwn2 sekerja pun sama.

please lah mahasiswa~