Friday

mAuliD nAbi - kita bagaimana?


Salam sejahtera..

sikit perkongsian pandangan peribadi,dan serta tambahan maklumat yang didapati dari khutbah Jumaat Surau Seksyen 7 worldwide,yang saya kira boleh kita sama2 ambil manfaat saya hamparkan di ruang ini..

antara perkara yang perlu kita ingat dan fahami, adalah bagaimana kita mencintai Rasulullah,bersempena dengan Maulid Rasul ini.Ketepikan segala perbalahan yang timbul,cthnya isu perarakan boleh tk boleh,isu tarikh lahir dan sebagainya.Fokus kepada intipati dan point yang nak dibawa di dalam sambutan maulidurrasul,dan juga manfaat dari salah satu syiar Islam di Malaysia ini.


Allah  berfirman di dalam Al-Qur’an:

“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..”



(QS Al-Imran [3] : 31)
 
 
Hai org yg mendakwa Cinta Rasulullah,sejauh mana kamu mengamalkannya?
[maksud ayat dlm nih]
 
Ini menjadi bukti kepada kita untuk mencintai Rasulullah,sebagai sebahagian dari kewajipan dalam mentaati Allah.Jika diperhatikan dalam al-quran al-a'zhom,seringkali kita lihat ayat yang menyentuh peri pentingnya mentaati Allah,dan akan diikuti pula dengan suruhan mentaati Rasulullah - hatta dalam kalimah termulia di atas mukak bumi ini juga,termaktub di arasy ALlah - kalimah Tauhid :
 
La ilaha IllAllah - Muhammadurrasulullah...
 
kemuliaan yang diberi Allah kepada Rasulullah sehingga diletakkan,diisytiharkan Rasulullah sebaris dan wajib dilafazkan bersama2 dengan kalimah pengesaan ALlah..
 
Bahkan bukan sekadar mencintai,tetapi harus lebih dari diri sendiri seperti mana yang dinukilkan dalam sebuah hadis :
 
Rasulullah bersabda, yang mafhumnya:


“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya, tidak akan sempurna iman salah seorang dari kalian sampai aku lebih dicintai dibanding anaknya, dibanding ayahnya dan seluruh manusia.” (HR Bukhari)

Siapa contoh terbaik dalam hal ini?maka mari kita perhatikan sikap para sahabat dalam menyintai Nabi,dengan cara serta kaedah yang terbaik:

Cerita 1 :

“Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku,” kata seorang sahabat suatu hari kepada Rasulullah Muhammad saw. “Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan tahan merendam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, kerana aku tahu bahwa engkau pasti akan masuk ke dalam syurga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam syurga, aku risau aku takkan lagi dapat melihat wajahmu, kerana darjatku jauh lebih rendah dari darjatmu.”

Mendengar kata-kata sahabat yang demikian mengharukan hati itu, Nabi tidak memberi  jawapan sampai malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah berikut: “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; iaitu nabi-nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS. 4:69)

Bagaimana kita pula?


Cerita 2 :

Salah seorang sahabat, yaitu Anas bin Malik  mengisahkan: “Seorang penduduk badwi berjumpa dengan Rasulullah dan bertnya :”Wahai Rasulullah! Bilakah hari Kiamat akan terjadi?” Beliau menjawab,” Apa yang telah engkau persiapkan untuknya?” Ia menjawab,” Aku tidak memiliki persiapan, kecuali aku mencintai Allah dan RasulNya,”

Maka Rasulullah bersabda,”Sungguh, engkau bersama orang-orang yang engkau cintai,” lalu kami berkata: ”Demikian juga kami?”Beliau menjawab,”Ya.” Maka kami pun pada hari itu sangat berbahagia.

 (HR Bukhari Muslim)

Lalu Anas menjawab : “Sungguh aku mencintai Allah, Rasulnya, Abu BakarDan Umar, lalu aku berharap bisa bersama mereka, walaupun aku belumberamal dengan amalan mereka”. (HR Muslim)

nah,kita bagaimana sahabat sahabiah sekalian?

Cerita 3 :

Pembunuhan Abu Jahal oleh 2 orang anak muda ansar,yang membencinya disebabkan menghina dn menzalimi Rasulullah.Siapakah mereka itu?rujuk hadis berikut :

Anas Ibnu Malik r.a berkata:”Nabi SAW pada hari peperangan Badar berkata:”Siapakah yang akan melihat apa yang telah dilakukan Abu Jahal?” Kerana itu Ibnu Mas’ud pergi dan mendapati Abu Jahal telah dicincang oleh dua orang anak lelaki ‘Afra’ sehingga dia tewas, Ibnu Mas’ud memegang janggutnya dan berkata:”Engkau, Abu Jahal?” Abu Jahal menjawab:”Tidak ada kehinaan atas diri seseorang yang dibunuh oleh kaumnya atau dia berkata:”Kamu telah membunuhnya.”
(Bukhari dan Muslim)


Dalam perang inilah, Abu Jahal menemui ajalnya


Dibunuh oleh dua orang anak muda ansar Muaz dan Muawwiz(anak lelaki afra')

Abu Jahal adalah orang yang hebat tapi kalah oleh dua orang anak muda yang memang menyertai perang Badar kerana mahu membunuh Abu Jahal, orang yang sangat banyak menyakiti nabi..malah keduanya bersaing mahu menjadi orang yang pertama membunuh musuh Allah itu


Jadi,sekali lagi,bagaimana kita?



Sangat banyak kisah2 para sahabat tentang tindakan mereka dalam menyintai Rasulullah,melebihi diri sendiri.Tapi persoaloannya,bagaimana kita sendiri mahu membuktikan kecintaan kpd Baginda?adakah cukup dengan menegakkan syiar melalui perarakan?tidak..apa yang kita perlu lakukan selepas itu adalah seperti berikut :

1- Mentaati perintah dan larangannya.


Sebagai seorang Muslim, kita wajib mentaati perintah dan larangan Rasulullah , karena Allah berfirman di dalam Al-Qur’an:

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.”

(QS Al-Hasyr [59] : 7)
 
Sabda Rasulullah yang lain,mafhumnya :


“Setiap umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan.” Sahabat bertanya, “Siapakah orang yang enggan?” Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang mentaatiku, maka akan masuk syurga. Dan barangsiapa yang mendurhakaiku, maka dialah yang termasuk enggan (masuk surga).”

 (HR. Bukhârî dan Muslim).

2- Mencintai dan membela sunnah-sunnahnya.


Bukti cinta kita kepada Rasulullah adalah dengan bersemangat melaksanakan dan membela sunnah-sunnah beliau dengan cara-cara yang benar, serta mencukupkan diri terhadap apa yang beliau ajarkan, atau tidak mengada-adakan sesuatu yang memang tidak diperintahkan Nabi.

Contoh mudah yang kita boleh amalkan dari peribadi,sifat,pertuturan,dan fizikal Rasulullah :

- menyimpan janggut (lelaki je la)
- makan dalam talam/berjemaah
- solat berjemaah
- mengajak kpd kebaikan
dll...

utk wanita muslimah,bolehlah meniru sifat isteri2 Rasulullah..bagaimana mereka beramal

terlalu banyak sunnah yang boleh diikuti,dan semuanya sgt baik utk kita..cuma iman kita yang lemah dan tak mampu nak lakukan..ya Allah..kuatkanlah imanku..huhu..

hati sakit..kena rawat cepat2 ni..huhu

3- Mencintai Keluarganya dan Para Sahabatnya.


Keluarga dan sahabat-sahabat Nabi memiliki kedudukan yang tinggi dan dan keutamaan yang besar. Mereka adalah para pendamping Rasulullah dalam memperjuangkan agama yang mulia ini, sehingga kita semua wajib mencintai mereka karena itu bagian dari keimanan. Mencintai mereka berarti mencintai Nabi , dan
membenci mereka sama saja membenci Nabi.

4- Mendahulukan Perkataannya dan Beradab dengannya.


Semua perkataan dan pendapat boleh diterima dan ditolak kecuali sabda Rasulullah
Para sahabat menyedari, betapa agungnya dan mulianya Rasulullah, sehingga ketika mereka menghadapi persoalan meraka terus bertanya kepada Rasulullah .Selepas kewafatan Rasululah , maka di antara cara untuk mengagungkan dan memuliakannya adalah dengan mengembalikan semua urusan Agama kepada Al-Qur’an dan hadits hadits Rasulullah yang shahih serta tidak meninggalkannya hanya kerana alasan mengikuti pemimpin, kiyai atau orang-orang tertentu.

Allah berfirman di dalam Al-Qur’an: yang mafhumnya :


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-Hujurât: 1).

ingatlah sahabat sahabiah sekalian..

Apabila kita jujur dalam mencintai Nabi Muhammad saw, maka jiwa kita akan terbentuk dan tercermin pada jiwa Muhammad saw. “Bukti cinta adalah mendahulukan sang kekasih di atas selainnya,” begitu kata Imam Ja’far al-Shadiq as.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud: "Sampaikan daripada ku walau satu ayat"– Hadis Riwayat Bukhari




al-kandahlawi
Baitulhikmah
www.pembinaselangor.com

Saturday

Kesyahidan Al-Banna

Salam..

sedikit perkongsian dari ust halim

Pada hari ini 12.2.2010, genap 61 tahun syahidnya Imam Hasan Al-Banna, pengasas jemaah Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi Islam paling berpengaruh di dunia pada hari ini. Ketika dibunuh beliau berumur semuda 43 tahun , namun asas Fikrah dan Manhaj perjuangan Islam yang beliau asaskan berjaya mengumpul 3-4 juta rakyat Mesir ketika itu dan hingga ke hari ini terus tertanam kukuh dan berkembang pesat mengharungi cabaran sepanjang zaman dan mengatasi brbagai tentangan Kini gerakan Ikhwan Muslimin terdapat dalam lebih dari 100 buah negara di dunia, menyumbang bakti kepada umat Islam dengan penuh kasih sayang disamping ia tegas dan penuh berani mempertahankan umat dari serangan-serangan sengit musuh Islam diberbagai aspek budaya sosial, ekonomi, politik maupun ketenteraan..




Foto Imam Hasan Al-Banna yang terakhir ketika mengimamkan solat Maghrib di markaz pertubuhan Syubban Muslimin, Jalan Ramses, Kaherah. Ketika itu kesemua anggota Ikhwan Muslimin yang berpengaruh telah dipenjarakan, kecuali beliau seorang kerana dia menjadi sasaran untuk dibunuh. Ketika beliau keluar dari markaz ini, beliau ditembak di tepi Jaan Ramses dan meninggal dunia syahid di Hospital Qasr Aini, Kaherah lantaran arahan pihak atasan agar beliau dibiar bersendirian tanpa rawatan sehingga menghembuskan nafas terakhir

 
Diantara ciri-ciri keistimewaan dakwah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna ialah :

1.Menanam fikrah atau kefahaman Islam yang sahih bersumberkan ilmu dari Al-Quran dan As-Sunnah. Tarbiyah adalah perkara yang terpenting dalam dakwah Ikhwan Muslimin. Dengan ini jalan Dakwahnya jelas, landasannya terang dari awal hingga ke akhir, anggotanya berkualiti dan teguh, sukar untuk menyimpang dari agenda Islam sendiri yang sahih hingga terpaksa mengikut agenda-agenda pihak lain.

2.Syumul dakwah Ikhwan Muslimin sama seperti syumulnya Islam itu sendiri, tidak mengabaikan mana-mana aspek pun samada diaspek ruh, jasad maupun aqal. Dakwahnya juga menggarap semua aspek dan aktiviti ilmiah, riadhah, ekonomi, ikatan ruhani, kebajikan, politik, organisasi dan sebagainya.

3.Dakwah yang berpijak dialam nyata, menggunakan segala wasilah (cara) terkini dalam menyampaikan Islam yang sahih kepada masyarakat, menekankan pembinaan ilmu dan akhlak ahli, mengutamakan kerja yang praktikal lagi produktif berbanding teori dan perdebatan, kesatuan berbanding perpecahan dalam menggembeling tenaga ummah berhadapan dengan cabaran manusia dan zaman.

4.Pergerakan dan fasa Dakwahnya sentiasa serasi dengan Sunnah Allah swt terhadap perjalanan alam dan penciptaanNya. Oleh kerana itu usaha Dakwah ini dibuat sangat bersungguh-sungguh tetapi meyakini perubahan di dalam masyarakat yang akan berlaku adalah dengan beransur-ansur, tidak memilih corak keganasan atau mengangkat senjata, tetapi menumpu kearah mendidik jiwa dan menanam keyakinan kedalam hati dan akal orang ramai sehingga jelas kepada mereka akan Islam dan tuntutannya ke atas mereka untuk turut beramal dan memperjuangkannya. Matlamat Islam zaman kini dicapai bukan sekadar berjaya mencari laluan ke Parlimen semata-mata seperti yang difahami ramai pejuang nasionalis maupun islamis, bahkan ia lebih besar dari itu iaitu dengan membina generasi baru Islam yang memiliki keperibadian Islam sejati, membina keluarga Islam yang kukuh, membentuk masyarakat Islam yang peka dan bersedia memikul tanggungjawab menyebarkan Dakwah ke seluruh alam. Mereka inilah yang memilih, melahir dan merealisasikan Kerajaan Islam dan Negara Islam yang dicita-cita oleh Islam.


 
 
Isu Nasionalisme & semangat cintakan bangsa :
 
Fikrah Islam yang dibawa Hasan Al-Banna juga mampu meletakkan semangat bangsa dan cinta tanahair ke landasannya yang sebenar. “Wahai Ikhwan sekelian. Sungguh ini merupakan nikmat yang besar dan kegembiraan yang melebihi kata-kata dan keterangan apabila Ikhwan berhimpun dan berkasih sayang di jalan Allah taala, datang dari berbagai negeri, tempat-tempat yang berjauhan, berhimpun di tempat yang satu. Bukan ikatan saudara mara, kaum kerabat, keturunan, hubungan perkahwinan, kepentingan kebendaan atau keduniaan yang menghimpunkan mereka.
 
Akan tetapi yang menghimpunkan ialah kasih sayang dijalan Allah, bertemu keranaNya, bekerja untukNya. Terimalah khabar gembira wahai Ikhwah Akhawat dimana saya berharap kita termasuk mereka yang menyambut seruan Allah hari dimana Dia menyeru “Dimanakah mereka yang berkasih sayang keranaKu, dimanakah mereka yang saling ziarah menziarah keranaKu, dimanakah mereka yang duduk bersama keranaKu ? Pada hari ini Aku menaungi mereka dengan keagunganKu iaitu hari yang tiada sebarang naungan selain naunganKu”. Sungguh kamu telah menerima undangan, segera datang, berhimpun di perhimpunan yang meriah ini, tatkala kita melihat banyak perhimpunan-perhimpunan lain berlaku kemudian ia habis begitu sahaja, diulangi berulang kali namun ia tetap tidak membuahkan apa-apa lantaran berlakunya perpecahan hati dan terdapat perbezaan hawa dan selera.
 
Adapun perhimpunan ini, ia mengesahkan kesatuan hati-hati kamu, pertautan ruh-ruh kamu, keteguhan ikatan kamu. Mudah-mudahan Allah menjaga dan menjadikannya ikhlas demi mencari wajah dan keredhaanNya”. [Hasan Al-Banna 11 Zulhijjah 1353H]
 
 
al-kandahlawi
baitulhikmah

mahasiswa/i jumud?

Siapa menjumudkan ISLAM?

berdemo di jalanan

menang sorak sana sini

siapa?mahasiswa yang digolongkan sebagai golongan cerdik pandai.tapi kasihan mereka..alangkah kurang cerdiknya tindakan2 yang menyebabkan Islam itu kelihatan jumud.

sebarang keputusan demokrasi yg tidak memihak kepada mereka,adalah tak bersih.Walaupun dah dilantik konsultan luar ,3rd party,wakil puak2 yang menentang e-undi untuk jalankan pemeriksaan terhadap sistem e-undi,terbukti tiada sebarang penyelewengan-mereka tetap menentang.Sebab?- depa kalah.

amboih....panglima perang..,belakang ada ramai  tentera muslimah

Kalau orang kata org islam./melayu ni jumud,betul tak?betul..sebab segelintir mahasiswa berkelakuan sebegini.Apatah lagi di UM.Mungkin mereka rasakan cara ini lah yang paling bijak untuk menyatakan "kebenaran".KONONNYA lah walaupun tak terbukti pun mereka ni di pihak yang benar.Yang mahasiswi pun sama naik tocang..

ada orang kata,aku ni tak tahu erti perjuangan.its ok..tapi inikah perjuangan Rasulullah?yang mereka tunjukkan tu.Sila buktikan.


dikatakan mereka ini bak muslimah yang berperang-hakikatnya?



dr malaysiakini.com


TNC UM pula didesak letak jawatan

Sekumpulan 50 mahasiswa dihalang daripada memasuki Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) bagi mendesak timbalan naib canseor bahagian Hal Ehwal Pelajar UM, Dr Azarae Idris meletakkan jawatan, susulan daripada keputusan pilihan raya kampus minggu lalu.

Diketuai pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah), Mohd Aizat Mohd Salleh, kumpulan tersebut sebelumnya, berarak daripada Akademi Pengajian Islam (API).

Pihak keselamatan univesiti membuat dua sekatan bagi menghalang kumpulan tersebut daripada terus mara, namun kesemua mereka berjaya meloloskan diri.

Sekatan pertama oleh anggota keselamatan universiti diadakan berhampiran Kolej Kediaman Kelima, manakala satu lagi berdekatan Kolej Kediaman Kedua.


Kompleks Perdana Siswa itu dikawal beberapa anggota polis ketika pelajar berkenaan berunding dengan seorang pegawai di situ untuk menyerahkan sebuah patung sebagai tanda 'mahasiswa ditindas.'

Pada kira-kira jam 4.15 petang, empat wakil pelajar, termasuk Mohd Aizat, dibenarkan masuk menyerahkan patung tersebut.

Tiga lagi ialah Pengerusi Pro-M UM, Mohd Shafie Hashim, Mohd Ridhuan Othman (Bantah) dan Zulfitri Amin (wakil aktivis pro-M).

Beberapa minit kemudian, mereka keluar selepas meletakkan patung tersebut di pintu pejabat Dr Azrae. Difahamkan beliau tidak berada di pejabat hari ini.

Sebelum itu, pada jam kira-kira 2.20 petang, kira-kira 25 mahasiswa berkumpul di akademi tersebut untuk berarak ke Kompleks Perdana Siswa (KPS).

Setibanya di KPS, jumlah mahasiswa meningkatkan kepada kira-kira 50 orang.

Selain menuntut Dr Azarae meletak jawatan, mereka juga mahukan pilihanraya kampus dijalankan dengan "bersih dan adil".

Dalam keadaan langit yang mendung itu, mereka membawa dua kain rentang dan poster yang bertulis "Jangan Ugut Mahasiswa, Bubarkan HEP Segera!!!", "Mahasiswa Tuntut Bersihkan Pilihan Raya", "TNC letak jawatan" dan "Demokrasi Kampus Mati".--->sapa la yang ugut diorang ni..perasan je kut tu..Bubarkan HEP. hahaha...statement paling kebudak2budakan.kalo bubar HEP,sapa nak handle hal ehwal pelajar?bijaknya..anak sapa la depa ni ye...budak2 memang camtu.,..nakkan perhatian..layan je la ye TNC.

Sepanjang jalan menuju ke KPS, mereka tidak putus-putus melaungkan antaranya "Hidup Mahasiswa", "Bebaskan Pilihan raya", "Bangkit Mahasiswa: dan " TNC HEP letak jawatan" selama kira-kira 40 minit. -----> asal kalah je..pilihan raya tak bebas..sama je otak cam pembangkang malaysia ni.

Manakala di Masjid Al-Rahman pula, mereka mengedarkan risalah kepada orang ramai selepas solat Jumaat.



alahai...muslimah..

Setibanya mereka KPS, hujan pun turun dengan lebatnya, beserta kilat sambung menyabung. Mereka sempat berkumpul di Gazebo (pentas terbuka) untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar.---> warning tu..seb baik tak kena sambar petir je.
Mohd Aizat dalam ucapannya mendakwa mahasiswa universiti itu "ditipu dengan sistem pengundian berkompter (e-undi) yang penuh dengan masalah".------> senang2 je wat statement..yang konsultan & wakil diorang yang g check sistem tu dok buat apa masa tu?nganga?ke mmg tak reti?

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya tersebut sedangkan siasatan HEP didakwa masih belum selesai.

Mereka juga tidak mengiktiraf majlis perwakilan mahasiswa yang akan dibentuk minggu hadapan kerana mendakwa ia hasil pengundian tidak telus.- apa kena la diorang ni..iskisk..

Beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai haran dan "lahir daripada sistem yang tidak telus, bobrok dan menipu mahasiswa."---> asal diorang menang je,halal,bersih,telus.orang lain menang,haram.fatwa mana la depa pakai ni..yg sblm ni depa menang,tkde lak apa2..sunyi sepi..

Mohd Aizat juga mendesak Dr Azrae meletakkan jawatan kerana didakwanya "tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik".--->dia tu bertggjwb ke?kalo bertggjwb,tak buat statement dan tindakan "budak tadika tu"

Sementara itu, Mohd Shafie pula berkata, demokrasi di kampus utama itu sudah mati "kerana pihak pentadbiran tidak mahu mendengar suara mahasiwa".-----> ke sebab mahasiswa wat perangai budak2..sapa nak dgr..

"Saya kecewa dan kesal. Bila kita mengadakan rundingan dan mereka berjanji untuk mengotainya, tapi bila tiba pilihan raya, suara kita langsung tidak didengari.

"Saya menuntut agar demokrasi kampus ditegakkan kembali," katanya disambut laungan "Tolak TNC HEP" dan "Sila Undur TNC HEP". ---> tolak ke mana beb?kank kena buang kampus..terhegeh2 merayu

Dalam pilihan raya kampus minggu lalu, Pro-Aspirasi menguasai semula UM apabila memperolehi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala Pro-M pula memperolehi 17 kerusi dan bebas memenangi tiga kerusi.

*****

kesian tgk mahasiswa ni..

sdgkan naik mpp setahun je..pro mana pegg pun..lebeyh kurg je..tocuh up n slogan je lain skit..pattern sama...sedarlah wahai mahasiswa..org putih org yahudi sibuk untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai Islam,yang diorang ni sibuk nak jatuhkan orang lain yang sama2 Islam..






al-kandahlawi



Friday

Dialog di malam hari,pada Da'ie!


Saja refresh balik entry ni,untuk peringatan kpd diri sendiri dan shbt2 sekalian...

sedikit perkongsian kepada sahabat sahabiah semua..

email yang dikirim oleh zulfakar,sahabat dalam yahoogroups Program Kembara Dakwah baru2 ni..sangat bermakna..hayatilah..



"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, belakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!."

Begitu keluh kesah seorang mad'u(murid) kepada murabbi(guru) nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'u-nya. "Lalu apa yang ingin anta(kamu) lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang kerana tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku, dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. "Akhi, bila suatu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak.Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang antalakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir.Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat. "Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?"

Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya. "Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba.

Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?" Serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang ikhwah tersebut.
Tidak semena, sang ikhwah menangis tersedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murobbi yang dihormatinya justeru tak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi, apakah anta masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?" Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk." Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai ditepi jalan, atau mencuba memperbaikinya? " Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya; "Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia "Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya ALLAH saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana." Sang mad'u berazzam dihadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya

Sang murabbi tersenyum. "Akhi, jama'ah(kumpulan) ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi disebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur, lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu disikapi dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?"Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah da'i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh ALLAH untuk menyelesaikan masalah-masalah dimuka bumi. Bukan hanya meng"ekspose" nya, yang menjadikan ia semakin memperuncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya. "Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah ALLAH menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!". Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara antasendiri. Dengan itulah Bilal yang seorang budak hina menemui kemuliaanya. "

Malam itu sang mad'u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT : Kemenangan atau Mati Syahid

Ikhlas adalah roh dari setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur karena kehujanan,tidak ghurur karena pujian, dan tidak kendurkarena cacian. Terus bergerak kearah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam berkerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam D&T.


sekian..



al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

Monday

kongsi crita tntg- KOBANNA '10

Salam semua..

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Berakhir sudah KONVENSYEN PEMIKIRAN HASSAN AL BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA (KOBANNA)semalam..


semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Bermula kedatangan para hadirin hadirat dari seluruh Malaysia antaranya dari Perlis,Kedah,Penang,Perak,Johor,Kelantan,Pahang,T'ganu,Selangor,N9 (1malaysia la kira) sehingga sekembalinya mereka ke negeri masing2..cuma berita dari rombongan Johor,sebuah keta ikhwah dari Johor mengalami kemalangan ketika pulang,tayar pecah kabarnya.Tapi semuanya selamat-alhamdulillah..


Kedatangan hadirin yang melebih 2700 orang menggamatkan Dewan Sri Sarjana Uniten.Perhimpunan kali ini saya rasa sangat menarik dan hebat!

Saya ditugaskan di bahagian keselamatan atau team "gerak khas" untuk event kali ini,,diketuai Ustz Muttalib yang cool dengan cap nya,dan tugas pagi hari kejadian adalah membantu lalu lintas dan trafik lancar,serta penunjuk arah.Tugasan ini juga membolehkan saya mendapat jumlah "assalamualaikum" yang tinggi setiap kali ikhwah2 melalui checkpoint yang ditugaskan.:D moga doa2 yg saya pasti melebihi 40 kali tu,menjadi kenyataan-sejahtera sepanjang hayat.ameen.Jadi polis trafik tak bertauliah ni membolehkan saya menegur sapa ramai ikhwah2 dari melaka,Kedah,area shah alam,DHL,dan lain2.Nanti bley join team ni lagi :D


slh sebuah bas peserta

Hadirin yang sedari pukul 7.00 pg mula tiba di dewan konvensyen,terdiri dari para ikhwah akhwat,dan ramai juga orang awam yang hadir bersama keluarga masing2.Terdapat juga wakil2 dari persatuan2 seluruh Malaysia.Paling best bila dapat bertemu dengan sahabat2 lama & adik2 junior2 di ma'ahad dlu..x sgka ramai rupanya yang bersama2...selain itu,ramai juga pak2 arab yang hadir,mungkin diorg dah belajar bahasa melayu kut.Yang penting semangat mereka untuk hadir!

Sementara menunggu mulanya majlis,para hadirin mula membanjiri partition2 yang disediakan memaparkan bibliografi hassan al banna serta sejarah perjuangan beliau,keluarga serta pemikiran2 beliau yang praktikal dan relevan sehingga kini.


bersungguh2 membaca~

Ucaptama program oleh Presiden ISMA-Ust Abdullah Zaik membawa hadirin kepada satu gambaran luas,persepektif secara umum terhadap keadaan ummat yang semakin parah,kepentingan perbincangan yang akan dibentangkan selepas itu,serta kemelut-kemelut semasa yang tidak berkesudahan-kesan serta akibat.


Walaupun saya sempat berada dalam dewan hanya sekejap,(curi2 masuk) -melalui warkah ucaptama yang dibentangkan dalam compilation kit konvensyen memadai untuk mendapatkan satu idea tentang ucapan ust lah.Duk sat,dah dapat panggilan jihad ke luar dewan,jadi kena la sahut seruan tersebut. :D

Pembentangan pertama dimulai oleh Ust Rushdi-Ketua biro pembangunan sumber manusia ISMA,bertajuk Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran”



Pembentangan kertas kerja pertama ini membahaskan perkara asas yang dibawa oleh gerakan Islam,seluruh dunia yang kebanyakannya berpaksikan fikrah al-banna,dan bagaimana barat melihat gerakan ini membawa satu dimensi yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan melalui ideologi mereka, yang rata-ratanya melemahkan Islam.

Pembentangan kertas kerja seterusnya selepas Zohor,disampaikan oleh Ust Mohd Hazizi,bertajuk "Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia”



Kertas kerja ini memacu hadirin lebih terarah kepada fokus utama penyampaian dalam konvensyen ini,iaitu pelaksanaan praktikal dakwah di dalam "agenda bangsa".Apabila disentuh mengenai fikrah,ia satu perkara yang sangat luas,dan mencakupi kerangka penting dalam sesuatu pelaksanaan gerakan dakwah islamiah.Tetapi,apabila dibahaskan mengenai pelaksanaan dakwah setempat,yang lebih memfokuskan kepada pendukung2 Islam yang utama di sesuatu kawasan,maka di sinilah pandangan al-banna dilihat amat penting untuk diterjemahkan dalam gerakan pembangunan Ummah yang lebih praktikal,tanpa meleburkan identiti serta mengekalkan tahap penerimaan masyarakat terhadap Islam.

Formula yang dilontarkan oleh al-banna dalam mendepani kemelut masyarakat,iaitu dengan membangunkan kekuatan bangsa yang dominan dalam mendukung Islam itu sendiri amat praktikal dan dibahaskan dengan jelas.Sesungguhnya,as-syahid tidak menolak semangat cintakan bangsa,dan berusaha mengukuhkan bangsa yang mendukung Islam menjadi satu tanggungjawab bangsa itu sendiri,dan secara langsung Islam akan kembali kukuh di tempat masing2.


Kertas kerja terakhir,dibentangkan oleh Ust Fauzi Asmuni-nama yang tidak asing lagi dalam isu-isu pembangunan agenda bangsa ini-tajuk yang dibawa : ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak”



Sekali lagi para hadirin dipandu untuk terus melihat dan menilai keadaan semasa,kemelut yang melanda,perubahan yang perlu ada,serta cabaran dalam membangunkan agenda bangsa.Perbahasan menyentuh secara terus isu semasa iaitu kemelut politik tempatan yang semakin parah hari ke hari,dari perspektif maqasid (objektif/matlamat) syarak secara keseluruhan.Apabila objektif gerakan Islam tidak lagi berpaksikan maqasid syarak,maka yang tergadai adalah Agama dan bangsa.Lebih parah lagi,perpecahan dalaman antara Muslim.

Antara quote yang menarik dari perbahasan Ust Fauzi yang saya kira membawa maksud yang mendalam :

- Majoriti tidak akan lemah dengan minoriti,tetapi minoriti akan jadi kuat dengan perpecahan dan kelemahan majoriti


- Bangsa Melayu Islam di Malaysia buat macam mana pun pasti akan jadi majoriti.Sebab?anak org melayu-Islam standard 5-8 orang,in average.Bole kawen 4.so,akan ada multiplier effect untuk pembangunan generasi bangsa.


- Syarat Adil dalam Islam adalah mesti MUSLIM.Menerima Islam,barulah adil itu terpakai.Kalau menolak Islam,macam mana adil sekalipun,tetap tidak adil.Sebab keadilan yang dibawa bukan keadilan Islam,tetapi keadilan berdasarkan prinsip "memenuhi kehendak semua orang".Maka jika prinsip ini digunapakai,maka jadilah seperti di USA.


- Masing2 sekarang cuba untuk menjadi jaguh liberalisme,semata2 untuk meraih undi non-Muslim,samada dari pihak kerajaan atau pembangkang.Masing2 cuba menonjolkan diri sehingga mengorbankan banyak perkara,serta mencairkan identiti masing2

Perbahasan terakhir ini berlangsung dengan begitu menarik,serta diselang seli dengan fakta sejarah yang tidak banyak dikethui umum,juga diasah dengan persoalan demi persoalan yang akhirnya menemukan hadirin dengan jawapan kepada kemelut ini,dan tindakan yang harus diambil dalam melakar agenda bangsa.Syabas!

sesi soal jawab mendapat respon yang memberangsangkan

Secara keseluruhannya,saya kira hadirin yang benar-benar memberi perhatian ketika perbahasan berlangsung,pasti akan mendapat gambaran jelas tentang misi agenda membangunkan kelesuan jiwa di dalam diri setiap ummat Islam,khususnya dalam konteks Malaysia-membangunkan jiwa pendukung Islam tak lain tak bukan-Melayu-Muslim itu sendiri.

Seperkara yang menarik Konvensyen ini ialah kehadiran Nazrey Johani,artis pertama Nasyid tanah air yang tidak asing lagi-datang membuka booth jualan untuk CD nasyidnya,serta produk2 keluaran Syarikat yang diasaskan oleh beliau sendiri iaitu "Al-Tahfiz Bayu Shahadah Resources".


bersama vvip kobanna

Saya nak ceritakan jugak di sini,tentang kebaikan budi pekerti beliau sepanjang saya mengenalinya.Beliau pernah dijemput ke MMU 4 tahun lepas untuk persembahan Konset Kemuncak Impian.Kebetulan masa tu saya ditugaskan sbg MC program-dapat peluang untuk mendekati beliau lebih dekat lagi sejak dari rehearsal lagi.Kump. nasyid raihan satu2nya kump. yang sangat beradab sebelum membuat persembahan.Banyak jugak artis lain yang membuat persembahan masa tu, tetapi bila tiba giliran abg2 raihan ni,sangat berlainan.15 minit sebelum masa persembahan ,mereka dah ready di tempat yang disediakan,tak bising2,duk diam2 dan seolah2 bertafakur.Dalam 10 minit sebelum giliran mereka,saya bagi isyarat untuk ready masuk ke pentas.abg2 ni pun diketuai nazrey berdiri membuat halaqah,dan membaca doa bersama2 dan terus melangkah masuk ke pentas.Peristiwa yang tak dilupai sampai bila2.


sempat bergambar..

Apa kaitan dgn konvensyen?saya nak habaq kata nazrey ni seorang yang humble,dan tak cerewet,walaupun namanya menjulang di antarabangsa.Beliau sanggup jaga booth,.buat jualan amal untuk membangunkan Ma;had Tahfiz Bayu Shadahah di Sabah-atas keperihatinan beliau untuk menghidupkan kesedaran serta dakwah Islam di Sabah khususnya,dan Malaysia secara umumnya.Even masa beli CD pun,duit yang diberi terus dimasukkan ke dalam tabung ma'ahad tahfiz,dan tukaran duit pun diambil dari situ.makna kata,memang duit tu 100% digunakan untuk perbelanjaan pembangunan tahfiz tersebut.personally,saya memang salute abg nazrey nih.Beliau juga menyokong agenda bangsa yang dibawa ISMA,dan beliau juga merupakan penasyid bagi nasyid rasmi ISMA
nazrey duk makan bersama para panelist


nazrey memberi penerangan tntg produk jualannya kpd pesrta konvensyen

jadi saya nak promote  Ma;ahad Tahfiz beliau  :

website :nazreyjohani.com
Blog : nazreytahfizsyahadah.blogspot.com
Sumbangan boleh di bank in ke : 12038010098575 (Bank Islam)

mari sama2 bantu usaha beliau...

Secara keseluruhannya,konvensyen seperti ini wajar diadakan lagi bagi memperjelaskan kepada masyarakat tentang situasi ummat,serta tindakan yang boleh diambil juga memberi kesedaran peri pentingnya gerakan dakwah islamiah yang menjadi tanggungjawab setiap Ummat akhir zaman ini.

Saya mengucapkan setinggi2 tahniah dan syabas kepada ISMA amnya,dan Ustz Wan Hisyam khususnya selaku pengarah program yang bertungkus lumus menyediakan yang terbaik untuk para hadirin...





al-kandahlawi
Baitulhikmah
Shah Alam