Thursday

Cerita tentang :Kem Lepasan SPM 09


Laporan Ringkas Kem Lepasan SPM 09




KAJANG, 25 DIS 09 – Pada 25 hingga 27 Disember yang lepas, seramai 51 orang pelajar lepasan SPM telah mengambil bahagian dalam program tahunan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam-Klang atau lebih di kenali dengan nama Kem Lepasan SPM (KLSPM) siri ke 5 di Kem Sungai Merab.





Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini. Malah program tahun ini turut mendapat sumbangan dari Karangkraf Sdn Bhd, Pasaraya HERO, Dato’Muhammad Safaruddin Muhd Sidek dan Puan Norlaili Mohd Nor.





Program ini telah di rasmikan oleh Presiden PEMBINA, Dr Kamil Haji Tohiran, yang menyeru para peserta agar mengambil manfaat dari kem ini dalam merancang masa depan pasca SPM. Konsep program yang santai ini di harapkan juga dapat menghilangkan tekanan pelajar yang bertungkus lumus dalam SPM yang lepas.




semuanya ceria...

Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM dalam merangka hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Penerangan Kursus seperti Kejuruteraan, Perakuana dan Perubatan, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa, dan Perkongsian Pengalaman.



peserta tekun mendengar penerangan kursus

Kesungguhan peserta yang datang dari sekitar Selangor, Kelantan, Perak dan Johor terserlah sepanjang program berlangsung walaupun hujan lebat pada hari kedua. Walaupun semua peserta baru berkenalan, kerjasama yang di tunjukkan dalam Persembahan Kebudayaan dan Team Building menggambarkan satu ikatan ukhwah yang erat sesama mereka telah terbentuk dalam program sesingkat ini.




malam persembahan

Semoga KLS akan memberi manfaat yang terbaik kepada lepasan SPM 2009. Terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, aktivis dan semua yang telah memastikan kem ini berlangsung dengan jayanya. Jumpa lagi di KLS 2010! Insya Allah




Jungle Trekking


***********

tambahan perkongsian...

Alhamdulillah..at the end of the day,berakhir sudah program KLSPM 09 ini..

Ini juga merupakan program pertama yang dipertanggungjwb kan kepadaku semenjak berhijrah ke PEMBINA Shah Alam Klang,dari PEMBINA Melaka..

Bila difikirkan balik,rugi sangat zamanku dulu tak terdapat program seumpama ini,untuk menunjukkan jalan dan bantuan selepas SPM..hanya mengikut arus,jika ke kanan,ke kananlah ia..jika ke kiri,ke kirilah ia..

memandangkan ini first program,dan dah tak buat program lebih dari 3 bulan sebelum tu,menyebabkan agak kekok untuk memanaskan semula enjin yang kesejukan itu..apatah lagi cabaran demi cabaran satu persatu mendatang,menyebabkan kadangkala jiwa ini merasai kesempitan..tetapi bila memikirkan semula,inilah NGO,semuanya sukarela..semuanya hanya menanti balasan akhirat,ku gagahkan jua..

walaupun cabaran dalam berprogram ni telah masak ku lalui selama lebih 4 tahun,tetapi kali ini lebih mencabar dengan atmosfera ku yang benar-benar berbeza..

terjahan kerja demi kerja di ofis,dan dugaan "urgent request" dari customer,dan pada masa yang sama 2,3 kes berturut2 menyebabkan kelelahan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..bermalam di dalam kereta beberapa kali,telah ku lalui..dalam masa yang sama,KLSPM 09 sedang menghampiri,hari demi hari,detik demi detik..

cabaran untuk mendapatkan peserta dalam skop yang lebih luas dari di U dlu,cabaran untuk menguruskan kewangan yang sangat menghimpit,cabaran untuk mendapatkan tajaan,dan untuk menyediakan yang terbaik kepada para peserta ini bertali arus menghentam diri yang faqir ini...

masalah dalam mendapatkan tempat yang sesuai juga benar2 menguji seorang "org baru" di selangor ni,apatah lagi tempat yang dah diusahakan utk program ini berlangsung,iaitu di Kem Herba Sungai Congkak,tiba2 pada hari di mana meeting untuk finalise tempat & core aktiviti sedang berjalan, tokeynya memaklumkan tempat tu dah diberi kepada orang lain....fuhhh..hati membara sungguh..ada masa less than 3 weeks utk all out..Tapi,pasti perancangan Allah lebih hebat..

alhamdulillah..segala puji hanya utkNya..yang Maha Hebat dalam merancang..Maha Bijaksana..satu persatu isu2 yang timbul berjaya diselesaikan dengan baik..dari isu tempat hinggalah sekecil2 isu..dengan bantuan dan pengorbanan sahabat sahabiah,krew KLSPM 09,team STAM yang all out promosi,team tajaan yg diketuai akh fairol yang very multitasking,berjaya mendapat sokongan padu dari Karangkraf,saya kira satu anjakan baru yang perlu diperkemaskan lagi..juga dari para penyumbang individu yang tertera dalam entry di atas,saya ucapkan jutaan terima kasih..


Jumpa lg di KLSPM '10 :)

Gambar lanjut di : Flickr

Lagi cerita tntg KLSPM 09,bole rujuk :

- akh danial
- ukht syada
- ukht fatimah

atau rujuk laman sesawang rasmi..

Blog Kem Lepasan SPM






al-kandahlawi

Unit Sukarelawan
Pembina SAK.
http://www.pembinaselangor.com

Wednesday

anda StreSS?mari dUdUk :D

Kurangkan stres di pejabat



DUDUK di kerusi dengan kedua-dua tangan memegang kerusi di celah paha. Biarkan kepala tunduk sambil melengkungkan badan anda ke belakang atau biarkan kepala dongak ke belakang sambil melengkungkan badan/pinggang ke depan.


RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.


Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.


Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.
Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.
Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.




Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :


-Pening dan sakit kepala
-Ketegangan serta sakit leher serta bahu
-Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat
-Kebas dari bahu hingga ke hujung jari
-Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip
-Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang: Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung
-Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki
-Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan
-Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai


Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.


Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan. Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres. Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 - 5 minit

Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan


Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan

5 - 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen

Mari sama-sama mencuba!! :D

al-kandahlawi

2 jEniS kEhIduPan,,




Khalifah kaum muslimin yang keempat Utsman bin Affan radhiyallahu’anhu jika melihat perkuburan beliau menangis mengucurkan air mata hingga membasahi janggutnya.Suatu hari ada seorang yang bertanya:
تذكر الجنة والنار ولا تبكي وتبكي من هذا





“Tatkala mengingat surga dan neraka engkau tidak menangis, mengapa engkau menangis ketika melihat perkuburan?” Utsman pun menjawab, “Sesungguhnya aku pernah mendengarRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إن القبر أول منازل الآخرة فإن نجا منه فما بعده أيسر منه وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه


Sesungguhnya liang kubur adalah awal perjalanan akhirat. Jika seseorang selamat dari (siksaan)nya maka perjalanan selanjutnya akan lebih mudah. Namun jika ia tidak selamat dari (siksaan)nya maka(siksaan) selanjutnya akan lebih kejam.”


(HR. Tirmidzi, beliau berkata, “hasan gharib”).

Syaikh al-Albani menghasankannya dalam Misykah al-Mashabih.Bagaimanakah perjalanan seseorang jika ia telah masuk di alam kubur? Hadits panjang al-Bara’ bin ‘Azib yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dishahihkan oleh Imam al-Hakim dan Syaikh al-Albani menceritakan perjalanan para manusia di alam kuburnya:

Suatu hari kami mengantarkan jenazah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari golongan Anshar. Sesampainya di perkuburan, liang lahad masih digali. Maka Rasulullah shallallahu‘alaihi wa sallam pun duduk (menanti) dan kami juga duduk terdiam di sekitarnya seakan-akan di atas kepala kami ada burung gagak yang hinggap. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memainkansepotong dahan di tangannya ke tanah, lalu beliau mengangkat kepalanya seraya bersabda, “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur!” Beliau ulangi perintah ini dua atau tiga kali.

Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Seandainya seorang yang beriman sudah tidak lagi menginginkan dunia dan telah mengharapkan akhirat (sakaratul maut), turunlah dari langit paramalaikat yang bermuka cerah secerah sinar matahari. Mereka membawa kain kafan dan wewangian dari surga lalu duduk di sekeliling mukmin tersebut sejauh mata memandang. Setelah itu turunlah malaikatpencabut nyawa dan mengambil posisi di arah kepala mukmin tersebut. Malaikat pencabut nyawa itu berkata, ‘Wahai nyawa yang mulia keluarlah engkau untuk menjemput ampunan Allah dan keridhaan-Nya’. Makanyawa itu (dengan mudahnya) keluar dari tubuh mukmin tersebut seperti lancarnya air yang mengalir dari mulut sebuah kendil. Lalu nyawa tersebut diambil oleh malaikat pencabut nyawa dan dalam sekejapmata diserahkan kepada para malaikat yang berwajah cerah tadi lalu dibungkus dengan kafan surga dan diberi wewangian darinya pula. Hingga terciumlah bau harum seharum wewangian yang paling harum dimuka bumi.Kemudian nyawa yang telah dikafani itu diangkat ke langit. Setiap melewati sekelompok malaikat di langit mereka bertanya, ‘Nyawa siapakah yang amat mulia itu?’ ‘Ini adalah nyawa fulan bin fulan’,jawab para malaikat yang mengawalnya dengan menyebutkan namanya yang terbaik ketika di dunia.

Sesampainya di langit dunia mereka meminta izin untuk memasukinya, lalu diizinkan. Maka seluruh malaikatyang ada di langit itu ikut mengantarkannya menuju langit berikutnya. Hingga mereka sampai di langit ketujuh. Di sanalah Allah berfirman, ‘Tulislah nama hambaku ini di dalam kitab ‘Iliyyin. Lalukembalikanlah ia ke (jasadnya di) bumi, karena darinyalah Aku ciptakan mereka (para manusia), dan kepadanyalah Aku akan kembalikan, serta darinyalah mereka akan Ku bangkitkan.’Lalu nyawa tersebut dikembalikan ke jasadnya di dunia. Lantas datanglah dua orang malaikat yang memerintahkannya untuk duduk. Mereka berdua bertanya, ‘Siapakah rabbmu?’, ‘Rabbku adalah Allah’jawabnya. Mereka berdua kembali bertanya, ‘Apakah agamamu?’, ‘Agamaku Islam’ sahutnya. Mereka berdua bertanya lagi, ‘Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?’ “Beliau adalah Rasulullahshallalla hu ‘alaihi wa sallam” jawabnya. ‘Dari mana engkau tahu?’ tanya mereka berdua. ‘Aku membaca Al-Qur’an lalu aku mengimaninya dan mempercayainya’.

Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit yang menyeru, ‘(Jawapan) hamba-Ku benar! Maka hamparkanlah surga baginya, berilah dia pakaian darinya lalu bukakanlah pintu ke arahnya’. Maka menghembuslah angin segar dan harumnya surga (memasukikuburannya ) lalu kuburannya diluaskan sepanjang mata memandang.Saat itu datanglah seorang (pemuda asing) yang amat tampan memakai pakaian yang sangat indah dan berbau harum sekali, seraya berkata, ‘Bergembiralah, inilah hari yang telah dijanjikan dulu bagimu’..Mukmin tadi bertanya, ‘Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kebaikan’. ‘Aku adalah amal salehmu’ jawabnya. Si mukmin tadi pun berkata, ‘Wahai Rabbku (segerakanlah datangnya) hari kiamat, karena akuingin bertemu dengan keluarga dan hartaku.

Adapun orang kafir, di saat dia dalam keadaan tidak mengharapkan akhirat dan masih menginginkan (keindahan) duniawi, turunlah dari langit malaikat yang bermuka hitam sambil membawa kain mori kasar.

Lalu mereka duduk di sekelilingnya. Saat itu turunlah malaikat pencabut nyawa dan duduk di arah kepalanya seraya berkata, ‘Wahai nyawa yang hina keluarlah dan jemputlah kemurkaan dan kemarahanAllah!’. Maka nyawa orang kafir tadi ‘berlarian’ di sekujur tubuhnya. Maka malaikat pencabut nyawa tadi mencabut nyawa tersebut (dengan paksa), sebagaimana seseorang yang menarik besi beruji yang menempel di kapas basah. Begitu nyawa tersebut sudah berada di tangan malaikat pencabut nyawa, sekejap mata diambil oleh para malaikat bermuka hitam yang ada di sekelilingnya, lalu nyawa tadi segera dibungkus dengan kain mori kasar. Tiba-tiba terciumlah bau busuk sebusuk bangkai yang paling busuk di muka bumi.Lalu nyawa tadi dibawa ke langit. Setiap mereka melewati segerombolan malaikat mereka selalu ditanya, ‘Nyawa siapakah yang amat hina ini?’, ‘Ini adalah nyawa fulan bin fulan’ jawab mereka dengannamanya yang terburuk ketika di dunia.

Sesampainya di langit dunia, mereka minta izin untuk memasukinya, namun tidak diizinkan.

Rasulullah membaca firman Allah:

لا تفتح لهم أبواب السماء ولا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط


“Tidak akan dibukakan bagi mereka (orang-orang kafir) pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk surga, sampai seandainya unta bisa memasuki lobang jarum sekalipun.” (QS. Al-A’raf: 40)Saat itu Allah berfirman, ‘Tulislah namanya di dalam Sijjin di bawah bumi’, Kemudian nyawa itu dicampakkan (dengan hina dina).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah ta’ala:

وَمَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَكَأنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيْحُ فِي مَكَانٍ سَحِيْقٍ


Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” (QS. Al-Hajj: 31)

Kemudian nyawa tadi dikembalikan ke jasadnya, hingga datanglah dua orang malaikat yang mendudukannya seraya bertanya, ‘Siapakah rabbmu?’, ‘Hah hah… aku tidak tahu’ jawabnya. Mereka berdua kembali bertanya, ‘Apakah agamamu?’ “Hah hah… aku tidak tahu’ sahutnya. Mereka berdua bertanya lagi, ‘Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?’ “Hah hah… aku tidak tahu’ jawabnya. Saat itu terdengar seruan dari langit, ‘Hamba-Ku telah berdusta!Hamparkan neraka baginya dan bukakan pintu ke arahnya’. Maka hawa panas dan bau busuk neraka pun bertiup ke dalam kuburannya. Lalu kuburannya di dihimpit(oleh Allah) hingga tulang belulangnya (pecah dan) menancap satu sama lainnya.

Tiba-tiba datanglah seorang yang bermuka amat buruk memakai pakaian kotor dan berbau sangat busuk, seraya berkata, ‘Aku datang membawa kabar buruk untukmu, hari ini adalah hari yang telah dijanjikanbagimu’. Orang kafir itu seraya bertanya, ‘Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kesialan!’, ‘Aku adalah dosa-dosamu’ jawabnya.

‘Wahai Rabbku, janganlah engkau datangkan hari kiamat’ seru orang kafir tadi.

(HR. Ahmad dalam Al-Musnad (XXX/499-503) dan dishahihkan oleh al-Hakim dalam Al-Mustadrak (I/39) dan al-Albani dalam Ahkamul Janaiz hal. 156)

Itulah dua model kehidupan orang yang telah masuk liang kubur. Jika kita menginginkan untuk menjadi orang yang dibukakan baginya pintu ke surga dan diluaskan liang kuburnya seluas mata memandang makamari kita berusaha untuk memperbanyak untuk beramal saleh di dunia ini.

Suatu amalan tidak akan dianggap saleh hingga memenuhi dua syarat:

1. Ikhlas2.Sesuai dengan tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamBanyak sekali dalil-dalil dari Al-Qur’an maupun hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan landasan dua syarat di atas.

Di antara dalil syarat pertama adalah firman Allah ta’ala:

وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ


Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat, dan yang demikianitulah agama yang lurus.” (QS.. Al-Bayyinah: 5)

Di antara dalil syarat kedua adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamBarang siapa yang melakukan suatu amalan yang tidak sesuai dengan petunjukku, maka amalan itu akan ditolak.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya (III/1344 no 1718))

Allah menghimpun dua syarat ini dalam firman-Nya di akhir surat Al-Kahfi:

Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (QS. Al-Kahfi: 110)

Wahai bakal-bakal jenazah sekalian..

Orang yang paling pandai adalah orang yang paling banyak mengingati kematian dan orang yang bersedia dengan kematian.Islam tidak mengajar orang takut dengan kematian, tapi Islam mengajar kita untuk bersedia dengan kematian.

Mati bukanlah akhir bagi kehidupan, tapi mati adalah pemula bagi kehidupan yang tiada akhir.
Kematian bisa menghancurkan kenikmatan dunia.

“Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin”. (As-Sajdah: 12)

Orang-orang yang berdosa meminta supaya diri mereka dikembalikan ke dunia. Untuk berapa lama mereka mahu dikembalikan ke dunia? 100 tahun? 10 tahun? sehari?

Tidak lama. Hanya untuk mengucapkan kalimah “Subhanallah” kemudian matikan semula.
Subhanallah, betapa besarnya nilai kalimah Subhanallah sehingga orang-orang yang berdosa meminta andai punya peluang untuk kembali ke dunia cukup sekadar untuk mengucapkan kalimah itu.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Ingatlah detik malam pertama anda.

Malam pertama anda di Alam Kubur. Bersediakah kita?

Ku berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan, semoga sentiasa istiqamah mengingati mati.
Maka mari kita manfaatkan kehidupan dunia yang hanya sementara ini untuk benar-benar beramal saleh. Semoga kelak kita mendapatkan kenikmatan di alam kubur serta dihindarkan dari siksaan di dalamnya,amin.Wallahu ta’ala a’lam, wa shallallahu ‘ala nabiyyyina muhammadin wa ‘ala alihi wa shahbihi ajma’in.

Tulisan ini terinspirasi dari kitab Majalis Al-Mu’minin Fi Mashalih Ad-Dun-Ya Wa Ad-Din Bi Ightinam Mawasim Rabb Al-’Alamin, karya Fu’ad bin Abdul Aziz asy-Syahlub (II/83-86)

Wallahu A`lam bish-Showab.








al-kandahlawi
Beit-Hikmah


Tuesday

tErkiNI dAri PEMBINA!!




UTK ANDA SEMUA!Marilah bersukan untuk ISLAM =)

Persatuan Belia Islam Nasional akan menganjurkan satu Karnival sukan yang diberi nama;

Karnival Sukan Belia Islam Malaysia 2009!

Bertempat di : Universiti kebangsaan Malaysia

pada : 19 Disember 2009

Sesuai dengan syariat Islam, tempat dan acara sukan bagi lelaki dan wanita akan diasingkan. Berikut adalah senarai pertandingan yang ditawarkan bagi Lelaki dan Wanita beserta yuran penertaan bagi setiap pasukan;

Pasukan Lelaki 1. Bola Sepak 6 sebelah - RM100/pasukan 2. Bola Tampar - RM120/ pasukan 3. Bola Keranjang - RM50/

Pasukan Wanita : 1. Bola Jaring - RM100/ pasukan 2. Bola Tampar - RM 100 / pasukan 3. Bola Keranjang – RM50/ pasukan


Al aqlu salim fi jismi salim… Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian agar beliau dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan .

Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.
Justeru, seseorang Muslim memerlukan kesihatan tubuh badan agar dia dapat melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dan meningkatkan kualiti kerjanya agar akhirnya disayangi dan lebih disukai oleh Allah seperti dalam hadith yang mafhumya ‘Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’ Menyedari kepentingan dan keperluan penjagaan jasmani dan tubuh badan yang sihat.
Oleh itulah marilah kita bersama-sama menyemarakkan dan memeriahkan karnival sukan yang dianjurkan oleh PEMBINA untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa.


Jumpa di sana!

al-kandahlawi

Teratak Baitulhikmah Wa zahrowat

Monday

Beza antara NGO & syarikat...

Perkongsian dari akh aminuddin,yang saya kira sangat menarik untuk difikirkan,dan dimuhasabah kembali untuk setiap orang yang mahu mengerti...




APA YANG AKU PELAJARI..







Setelah 16 tahun berniaga dan mengendalikan perniagaan sendiri dan dalam masa yang sama sudah 28 tahunbergerak dalam NGO maka aku dapati terlalu banyak perbezaan; antara NGO dan Syarikat. Secara umumnya bolehlah aku gariskan beberapa perkara :-


1. Misi NGO jauh lebih besar dari syarikat tetapi perjalanannya sangat lambat. Kadang kala macam tak akan sampai. Ia penuh idealism sehingga sukar untuk menjejak kaki ke bumi nyata. Yang uniknya, walaupun misinya besar tetapi gerakerrjanya tidak melambangkan misi. Adakah lambat ini satu sunnah atau ia satu kelemahan? Saya masih mencari jawapannya.


2. Lebih 80% kerja NGO adalah untuk megendalikan manusia tapi dalam syarikat hanya 50%. Bukan senang utk kendalikan manusia kerana dia mempunyai perasaan.


3. Penglibatan NGO berbentuk sukarela tapi syarikat sukapaksa. Dalam syarikat jika tak datang atau tak perform, boleh di buang. Tapi NGO, kalau tak buat kerja/tak perform, hanya boleh “nasihat” sikit2. Kalau banyak, berasa hati pulak,silap2 langsung tak timbul2 dah. Akibatnya, banyak kerja tertangguh, program tak berjalan, objektif tak tercapai….tapi ketua tetap kena senyum (walaupun dalam hati panas membara).


4. Disiplin NGO tak sama dgn disiplin syarikat. Dalam NGO disiplinnya bukan saja luaran tapi perasaan. Kalau tak setujupun, tetap kena patuh. Dalam syarikat, elemen perasaan tak jadi perhatian. Apa yang pekerja nak rasai, boss tak peduli.


5. Perbincangan dalam NGO selalunya tidak berapa objektif. Ia agak santai dan sederhana kerana masing2 tidak akan menanggung kerugian jika apa2 berlaku. Impaknya tidak begitu jelas. Jadi kadangkala perbincangan yang sepatunya habis dalam 3 jam boleh jadi 8 jam. Tetapi dalam syarikat, perbincangan selalunya serius terutama peringkat atasan. Ini kerana ia melibatkan untung rugi. Kalau silap boleh menyebabkan syarikat di tutup.


6. Datang lewat utk perbincangan dalam NGO adalah satu perkara biasa. Kalaupun di tegur, ia akan baik sekejap tapi lepas itu akan jadi kembali lewat. Ini kerana tidak ada apa yang hendak di kejarkan, tak ada imbuhan duit dan seumpamanya. Tapi dalam syarikat, jika lewat bermakna kita akan mendapat “show cause letter”


7. Dalam NGO tidak boleh bersemangat sangat. Sesiapa yang terlebih semangatnya akhirnya akan kecewa sendiri. Harus banyak bertenang dan bergerak mengikut keadaan sekeliling. Dalam syarikat, lagi bersemangat maka lagi banyak peluang yang di beri.


8. Dalam NGO, kalau berjaya tidak ada sesiapa yang akan puji. Hanya sekadar sujud syukur sendiri-sendiri kepada Allah dan mengharapkan janji syurganya yang masih belum pasti. Tapi yang pasti, jika silap, maka seluruh organisasi akan menuding jari padanya. Dalam syarikat, kalau berjaya, dapat berlipat ganda bonus, surat pujian, dan merit increment.


9. Dalam NGO tidak boleh terlalu ideal seperti mana yang di pelajari tetapi sebaliknya tepaksa akur dengan sifat2 Melayu yang “kurang” rajin, suka berangan2, mudah patah semangat, cepat mengalah, tidak berterus terang (simpan perasaan). Dalam syarikat setiap pekerjaan perlu di buat se ideal yang mungkin untuk menjaga kualiti. Sifat2 Melayu tidak di pedulikan. sebab itu ramai anak2 muda melayu tidak boleh tahan bekerja dengan swasta.


10. Peraturan dalam NGO selalunya sukar utk dipatuhi. Buatlah macamana baiknya peraturan, ia kemungkinan besar akan tinggal sbg slogan saja. Tidak ada hukuman yang di kenakan jika melanggar peraturan, jadi dorongan untuk patuh itu sangat sedikit. Dalam syarikat jika tak patuh boleh dikenakan tindakan disiplin.


11. Dalam NGO setiap kerja memerlukan banyak “reminder” (Ahli biasanya tidak mencatit tugasan yang di beri)Kalau tidak ahli lupa. Bukan itu saja, yang lebih malang lagi, dia menyalahkan kepada yang bertanggungjawab kerana tak remind dia. Sukar utk dia untuk mengaku silap kerana terlupa. Dalam syarikat setiap pegawai perlu catit apa yang boss suruh, jika lupa bermakna melepaslah soruuu.








12. Dalam NGO selalunya idea terlalu banyak dan bernas2 berlaka tetapi bila tiba nak buat, memusing cari orang. Sebab tak ada imbuhan yang nyata. Akhirnya idea terbengkalai. Dalam syarikat idea banyak juga, selalunya dari boss je tapi pelaksananya ramai kerana imbuhannya besar.






13. Akhirnya NGO mengajar akusupaya bersabar semaksima yg mungkin. Walau apapun natijahnya, aku tetap perlu bersabar dan istiqamah. Kurang melihat performance orang lain tapi sebaliknya lihat performance sendiri, buat setakat kederat yang ada tanpa lebih atau kurang. Rancang hidup sendiri kerana tidak ada orang lain yang akan sanggup bersusah kerana diri kita. Tidak ada manusia yang boleh memberi semangat kecuali diri sendiri.



Ref :akh amin






al-kandahlawi
Unit Sukarelawan
Pembina Shah Alam/Klang
www.pembinaselangor.com

Friday

Ikhlas...


IKHLASKAH KITA...




“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan” (Q.s. Al-Furqan: 23).



Siapapun kiranya tidak berharap dirinya melakukan sesuatu yang sia-sia. Pasti berharap ada hasil yang baik. Namun kadangkala sebahagian orang terjebak dalam melakukan perbuatan yang sia-sia seumur hidupnya, kerana kelalaian. Kelalaian juga bisa merambah kawasan ibadah atau amalan kebaikan, sehingga tidak ada makna dan hasilnyatidak ada lain kecuali rasa lelah.


Sia-sianya suatu amalan seseorang, menurut Rasulullah, adalah bila dilakukan dengan niat yang bukan ikhlas kerana Allah. Memang sulit mengukur ikhlas tidaknya niat seseorang , tapi biasanya niat akan memberi kesan baik pada perilaku seseorang. Bila seseorang ikhlas melaksanakan sembahyang, maka ia akan sentiasa terlihat seperti baru saja bertemu dengan Allah. Ia baru saja bertemu dengan Sang Pengingat untuk sentiasa hidup baik dan bermanfaat, menjaga silaturrahim, menjauhi, mencegah kejahatan, dan sebagainya.


Ada ketulusan ketika mengucapkan, “(Ya Allah) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan (yang telah ditempuh oleh) orang-orang yang engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau beri azab dan orang-orang sesat“ (Q.s. Al-Fatihah: 6-7).

Ucapan ini meresap ke seluruh tubuh, menggetarkan sanubari.Namun tidak demikian dengan orang-orang yang tidak ikhlas. Setiap ibadah yang dilakukannya, jika ada, tidak memberi kesan positif kepada perilakunya. Sembahyang hanya di atas sajadah. Setapak di luar sajadah, perilakunya sudah berubah. Itulah tanda-tanda amalan yang tak ikhlas dan tentunya sia-sia.
p'kgsian dr idham lim
al-kandahlawi
Masjidilharam