Friday

Tantawi diGESA Letak Jawatan ! : AP Mesir

Salam sejahtera..

berita harini saya kira adalah impak susulan kepada tindakan Sayed Tantawi yang agak pelik dan janggal,apabila mahu mengharamkan purdah di Mesir.rujuk posting sebelum ni :

dan hari ini,salah seorang ahli parlimen dari Ikhwan Muslimin menempelak beliau,atas tindakannya yang tidak disenangi ramai pihak.Bukan pertama kali ini,banyak kali dah sebelum ni sebenarnya.

Berita seperti berikut :

KAHERAH 8 Okt. – Seorang anggota Parlimen pembangkang mendesak ketua sebuah institusi pengajian agama terkenal dalam dunia Islam, Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi supaya meletak jawatan selepas beliau mengarahkan seorang pelajar membuka purdah yang dipakainya.

Desakan tersebut dibuat ketika puluhan pelajar yang memakai purdah atau niqab, mengadakan demonstrasi di hadapan Universiti Kaherah, yang mengharamkan purdah di kawasan kampusnya.

Syeikh Tantawi meminta seorang pelajar perempuan agar membuka niqab yang dipakainya apabila terlihat pelajar itu semasa melawat sebuah sekolah gabungan Universiti Al-Azhar kelmarin, lapor akhbar al-Masry al-Youm minggu ini.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengharamkan niqab di Al-Azhar dan membuat kenyataan yang tidak sedap didengar mengenai penampilan pelajar perempuan itu apabila dia membuka niqab tersebut.

“Dan kamu kelihatan seperti ini; apa yang akan kamu buat sekiranya kamu kelihatan cantik sedikit,” tanya beliau kepada pelajar itu,

“Niqab tidak ada kaitan dengan Islam... saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Jurucakap Al-Azhar, Ahmed Tawfiq mengesahkan perkara tersebut, namun menegaskan bahawa Tantawi berbicara dengan baik kepada pelajar itu.

Hamdi Hassan, seorang anggota Parlimen daripada Ikhwanul Muslimin, pembangkang terbesar di Mesir, menegaskan bahawa Tantawi ‘tidak boleh memegang jawatan itu kerana beliau mencalarkan imej Al-Azhar setiap kali beliau bercakap’.<---(betui,betui betui.)

“Saya percaya niqab bukan satu kewajipan tetapi memberikan faedah. Kenapa mengharamkannya di Al-Azhar? Ia institusi agama, bukan akademi tarian gelek,” tambahnya.

Kebanyakan wanita beragama Islam di Mesir memakai tudung atau hijab yang melindungi rambut, tetapi niqab semakin popular di Kaherah kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangan kerajaan. – AFP

ambiklah iktibar~







al-kandahlawi
hari terakhir di :
TMpoint Taipan
Subang

3 comments:

niqobi said...

betul..betul..betul..

mohamad said...

Alhamdulillah..

Masih ada yg membela..

Ayuh syeikh! ittakun nisa..

ngee~

Anonymous said...

sambungan...Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.