Sunday

Mai belajaq loghat kedah~

di adapt dr : http://luzriq.blogspot.com/


Assalamualaikum..


Ha.. kali ini dalam siri ke-2 kita ada akan belajaq perkataan-perkataan baru berserta contoh ayat yang diberikan.. Jangan tengok saja.. mai pakat kita baca dan belajaq menyebut dengan betul.. atau sesiapa yang ada contoh-contoh ayat yang lebih baik boleh kita kongsi sama-sama dalam sudut ini.. Baiklah kita mulai..

1 kelepiaq – melibas
Contoh : Budak kanyiaq tu dok kelepiaq apa tak tau.. (Budak hingusan itu sedang melibas sesuatu)

2 kelolo - "tak berapa betoi"
Contoh : Budak kecik tu kelolo la.. (Budak kecil itu perangainya tak berapa betul)

3 hemoi - "muka tak malu"
Contoh : Awat hang ni hemoi sangat..? (Kenapa kamu ini muka tak malu sangat?)

4 me-ghe-nyeh – menggatal
Contoh : Depa gheja dok mengenyeh saja bila nampak awek2 lalu.. (Mereka selalu menggatal apabila melihat awek2 sedang lalu)

5 ghem-pang - "tergedik- gedik"
Contoh : Hang jangan dok ghempang sangat aih..! (Jangan tergedik-gedik sangat..!)

6
hapak pera'e - bau hapak
Contoh : Baju hang tak keghin.. bau hapak pera’e! (Baju kamu yang tidak kering berbau hapak!)

7 hijau me-ghe-ngak - telalu "hijau"
Contoh : Amboi..hijau meghengaknya Mah Ngah! (Amboi.. terlalu hijaunya Mak Ngah)

8 celuih – muat
Contoh : Hang tu gendut.. mana celuih baju aku! (Kamu tu gemuk.. mana muat baju aku!)

9 me-ghelit me-ghelap - berkilau- kila
Contoh : Baju Mak Leha pakai haghi ni meghelit-mengelap! (Baju Mak Leha pakai hari ni berkilau-kilau!)

10 me-ghe-yup - jauh/ sayup
Contoh : Tu dia mat rempit tu pedeghaih moto pi megheyup ja! (Mat rempit itu menunggang laju motosikalnya sayup-sayup saja!)

4 comments:

Anonymous said...

Haha.. Sangat menarik belajar loghat Kedah..

Cikgu,bila nak ajar loghat Perak pulak?

Anonymous said...

wah.. cikgu hamdan ajar bahasa kedah... terbelit lidah org selatan... hehehe...
cikgu, rsnye loght pantai timur pun kene bljr laa.. bru mantap..:>

terima kaseh cikgu!

SaLMy WaTeeN aBDuL LaTiF said...

hambuih aih... ada kelaih blajaq bahasa kedah noo... chek nak wat part time cekgu mngajaq leh ka???

hamdan al-kandahlawi said...

hehe..loghat perak tak reti..org perak utara sume ckp kedah dh pun..haha..mai2 mengaji..ilmu ni.banyak perkataan tersebut ada dalam kamus dewan versi baru :D x caya pi cek tgk.hehe