Sunday

Salam Ma'al hijrah semua..

Salam..

bersempena Ma'al hijrah ni,nak kongsi beberapa info yang didapati dari ceramah ma'al hijrah oleh Ust Fauzi Asmuni dari ISMA,di surau munawwarah seksyen 13 Shah alam..

aku buat ringkasan saja,untuk memudahkan kita semua dpt point2 penting..moga bermanfaat :)

1- Tamadun Islam mempunyai sistem yang teratur,dan  Saidina Umar Al-Khattab memulakan usaha untuk memperkemaskan susun atur pentadbiran di manay permulaan kepada segala macam " good governance" yg ada pada hari ini.

2 - Kenapa bulan Muharram dipilih?Bulan MUharram - dipilih kerana Hijrah dirancang pada bulan tersebut,walaupun tarikh sebenar hijrah adalah pada 27 Safar.12 Bulan memang dah ada dalam masyarakat arab,sepertimana dalam surah attaubah : 36.Dan Allah mengekalkannya.Tapi harini kita lebih tahu tahun masihi dari tahun hijrah.digelar juga bulan al-asomm,kerana terlalu mulia dan disunatkan banyak berpuasa

3- Sebaik2 puasa selepas Ramadhan,adalah pada bulan Allh,Muharram [RIwayat Muslim]

4- "fajar yg Allah bersumpah dengannya adalah fajar pertama dari bulan Muharram" - Qotadah

5- Dlm Bulan Muharram,ada 1 hari digelar hari asyura,iaitu hari ke 10 Muharram.

6- Hari Asyura juga disambut oleh org2 Yahudi pada zaman Nabi,dan org2 Yahudi juga turut berpuasa.Dalam satu peristiwa antara Nabi & org Yahudi,disebutkan amalan org Yahudi berpuasa pada 10 muharram adalah dari peristiwa kejayaan Nabi Musa menyelamatkan bani ISrael dari kekejaman Firaun,pada 10 Muharram.Maka jwb Nabi.kami lebih layak untuk mengikut Nabi Musa.

7- Sabda Nabi - jika aku masih hidup pada tahun akan datang,nescaya aku akan berpuasa pada 9 muharram [bagi membezakan antara org Islam dan Yahudi]

8- Kata Ibnul Qoyyim,di dalam Zaad Al- Ma'ad - Puasa hari asyura ada 3 darjat.

Pertama - puasa pada 9,10,dan 11 muharram,dan ini yang paling sempurna
Kedua - puada pada 9,dan 10 muharram (ini yg paling bnyk disebut dlm hadis)
Ketiga- puasa pada 10 muharram

pilihlah mana2 yang mampu

Aisyah r.a. berkata:


كانت قريش تصوم عاشوراء في الجاهلية، وكان رسول الله يصومه في الجاهلية

“Orang-orang Quraisy berpuasa pada hari Aasyura’ di zaman jahiliah. Rasulullah s.a.w. juga berpuasa Aasyura’ di zaman jahiliah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

9- apa peristiwa penting di sebalik 10 Muharram?sebenarnya banyak peristiwa dalam bulan Muharram.Justeru,mari kita hayati 1 kisah penting,dan ambik pengajaran darinya.Iaitu kisah  antara Nabi Musa dan Firaun

10- Kisah antara Nabi Musa dan Firaun adalah yang paling banyak disebut dalam qur'an.Mengapa?sebab kisah ini membawa pengajaran yang penting,dan sangat banyak input utk dihuraikan dari keseluruhan kisah tersebut.

11- Nabi Musa seorang nabi ulul 'azmi,yang sgt terkenal dengan keazamannya,dan kekuatan diplomasi serta kesabaran yang tinggi utk menghadapi bani israel yang terkenal dengan sifat kedegelian luar biasa,kalo org kedah kata " baloq liat sungguh laa".

12- Kemenangan Nabi Musa pada 10 Muharram tersebut tercatat dlm surah Yunus:90-92

13- Siapa FIraun? - FIraun adalah gelaran kepada Raja-raja mesir.Nama sebenar FIraun yang disebut dlm quran itu ada beberapa pendpt,tp antara yg kuat adalah Ramses 2.FIraun dikurniakan kelebihan dan beberapa kebolehan luar biasa,antaranya - tak pernah sakit,hatta bersin sekalipun tk pernah.- mempunyai kekuatan utk mengalihkan aliran sungai - susuk badannya sgt kacak dan hensem - tubuh badan yang sehat dan gagah - dikurniakan ALlah kepadanya satu kerajaan yang cukup besar pada zaman tersebut.Dan dia menggelarkan dirinya "ana Robbukumul 'ala".Aku Tuhan kamu yang paling Agung".Sebab pada zaman tu terdapat juga sembahan2 kepada kepercayaan2 yang lain,tetapi dia mengakui dialah TUhan kepada tuhan2 yang lain.Sungguh angkuh dan sombong sekali.

14- Firaun yang disebut itu teramatlah kejam,dan sangatlah melampau batas kesombongan seorang manusia normal.Hatta firau mencabar untuk berperang dengan Tuhan,diarahkan kepada hamba2nya untuk membina tangga,bagi dipanjat utk melawan Tuhan.nak membuktikan dialah yang paling hebat dan layak disembah manusia sekaliannya.

12- Nabi Musa dihantar untuk berdakwah dan memberi peringatan kepada FIraun yang teramat kejam.Apabila FIraun dpt tau seorg lelaki dari kalangan Bani Israel akan datang sebagai seorang Nabi,maka diperintahkan untuk bunuh semua bayi lelaki yang lahir.kejam sungguh!



13- tetapi,dengan kuasa ALlah,Nabi Musa diselamatkan ALlah,bukan setakat diselamatkan,malah menjadi anak angkat kepada isterinya,dan membesar dalam Istana.Subhanallah

14- Dipendekkan cerita,Nabi Musa diangkat menjadi Nabi dan berdakwah kepada FIraun,tetapi ditolak mentah-mentah.FIraun bercadang untuk membunuh pengikut2 Nabi Musa,dan Nabi Musa diperintahkan Allah untuk meninggalkan bumi Mesir.[dlu tk nama mesir la]

15- Pada sebelum subuh, 10 Muharram,Nabi Musa berjaya mengumpulkan 60 ribu orang dari bani israel,untuk menyelamatkan diri dari kekejaman FIraun.Bayangkan,nak mengumpulkan 60 ribu orang2 dari bangsa yg cukup terkenal dengan sifat degil ini,membuktikan kehebatan toleransi dan diplomasi Nabi Musa untuk memimpin,dan memberi keyakinan kepada pengikutnya.

Apabila firaun mendapat tahu berita ini,dia mengarahkan 600 ribu orang tentera yang gagah perkasa untuk menghancurkan keseluruhan pengikut2 Nabi Musa (menurut riwayat imam at-tobari) ,dan menamatkan riwayat Nabi Musa.Dia sendiri mengetuai angkatan tentera tersebut.



16- dan Allah menurunkan pertolongannya,dibukakan jalan melalui lautan yang luas terbentang.
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam". Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.” (Toha: 77-78)

17.Dan Allah menyelamatkan Nabi Musa,dan menghancurkan tentera Firaun,dan diriwayatkan firaun mengakui keesaan Allah ketika hampir2 mati,dan bagaimana taubatnya ketika itu?

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman): Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)



Dan Nabi Musa dan pengikutnya yang terselamat melalui kawasan lembah yang dikelilingi bukit-bukit batu yang besar menuju ke tempat yang dikatakan terpancutnya 12 mata air dan kawasan Wadi Arba’ien.

Kisah terpancutnya 12 mata air itu di rakamkan Allah S.W.T didalam Surah Al-Baqarah ayat ke 60:


"وإذ استسقى موسى لقومه فقلنا اضرب بعصاك الحجر فانفجرت منه اثنتا عشرة عينا قد علم كل أناس مشربهم كلوا واشربو من رزق الله ولا تعثوا فى الأرض مفسدين"

Maksudnya:”Dan Ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,maka Kami berfirman:”Pukullah batu itu dengan tongkatmu”.(Ia pun memukulnya),lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air;sesungguhnya setiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.Dan Kami berfirman:”Makan dan minumlah daripada rezeki Allah itu,dan janganlah kamu merebakkan bencana dan kerosakan diatas muka bumi.”

18. Petikan dari ayat di atas (no.17) : Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)


dalam ayat ini Allah berfirman bahawa jasad firaun tersebut akan diselamatkan,sebagai peringatan kepada kita semua,dan sesungguhnya janji Allah itu benar.
 
Semua barang2 simpanan FIraun di dalam Piramid ada dipamerkan di sebuah muzium,di kaherah,Mesir.Termasuklah jasadnya.Oleh kerana banyak mumia2 firaun yang di awet,jadi tiada kepastian yang shohih mana satu firaun yang dimaksudkan di dalam Alquran.tapi jika diteliti,kebanyakan mumia firaun2 tu tidak mempunyai komposisi tubuh manusia yang sempurna lagi walaupun di awet.Terdapat satu mumia firaun,yang dikenali sebagai Ramses 2,mempunyai bentuk tubuh badan yang masih elok,even rambutnya pun masih boleh dilihat dengan baik.
 

Ramses 2
 
 
Moga kita semua dapat manfaat,dan selamat beramal
 
 
al-kandahlawi
Qol'ah Salahuddin
Shah Alam