Friday

Qadha' Qadar- 1 penyalahgunaan!

Qadha' & Qadar-

ia merupakan satu topik yang memerlukan rungkaian perbahasan yang mendalam,jika benar2 ingin menggunakannya sebagai alasan!

Aku rasa agak terkilan apabila membaca berita2...serta kata2 manusia yang sering menyalahkan takdir atas apa yang berlaku kepada mereka.

pagi ni terbaca petikan dari utusan,berita berkenaan perkahwinan antara pemain bola sepak negara dan pelakon wanita yg terkenal dgn adegan mami jarumnya,terdapat satu ayat yang menyebabkan aku rasa "panas" dengan sikap manusia2 yang senang-lenang salahkan takdir.Ini satu KEZALIMAN!

sila lihat petikan berita berikut :

Abdul Radzak mendakwa dia hanya mengetahui berita itu melalui anak sulungnya, Ruziehana, 37, pada 14 Disember lalu.

Menurut Aidil Zafuan, dia bahagia dengan perkahwinan tersebut dan berharap ibu bapanya tidak menyisihkan mereka.

Katanya, sebagai anak dia memahami perasaan keluarga tetapi apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang sudah ditentukan Allah.

"Saya tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik kerana saya masih sayangkan keluarga," katanya.

full version di sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1219&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm





rita&aidil b'gmbr d genting~takdir?
amboyh2...

dengan mudahnya meletakkan kesalahannya yang membelakangkan keluarga adalah taqdir/ketentuan Allah.Masuk akai ka?nih nak tanya skit...tau tk benda tu bleh melukakan hati mak ayah?yang p siam nikah tu..sbb takdir la?oh..bab2 nak bg excuse...suma salah takdir.so nak ckp kata Tuhan salah la ni?haih...tu la..ada otak tkmau guna..jadik lagu tu la.

Ya benar! memang kita wajib beriman kpd qadha' dan qadar...tapi konsep qadha qadar tu mestilah kita fahami betul2..

qadha' Allah adalah ketentuan...apa akan jadik..rezekinya...hidupnya..matinya..jodohnya...qadar Allah..adalah pelaksanaan..sebelum pelaksanaan...ada satu RUANG yg Allah berikan kepada manusia yang dikurniakan aqal fikiran...utk berfikir,dan membuat pilihan..

qadha' yang ditentukan adalah sunnatullah(ketetapan Allah) untuk berlakunya sesuatu perkara..pasti ada step2nya...cthnya: soal jodoh,ramai org kita yang lebih salah tanggap,hanya bergantung kepada qadha' iaitu ayat yg biasa kita dengar " kalau ada jodoh,jodoh tkdak lagi,jodoh akn dtg dll..."

ini sbnrnya satu kesilapan dalam memahami konsep taqdir itu.mustahil duk saja goyang kaki,kalau nak jodoh tiba2 jodoh datang bergolek.Ianya mesti bermula mengikut qadha'(ketetapan) sunnatullah itu sendiri.Mesti bermula dengan keinginan seseorg utk berkahwin,utk mencr jodoh,kemudian akan terus kepada step seterusnya,parent carikan,atau melalui baitulmuslim dsbagainya..maka tercetusnya starting point utk jadiknya qadar jodoh tersebut.Sebelum terjadinya qadar itu,kita sebagai manusia,yg diiktiraf sebagai Khalifah di muka bumi ini,Allah memberi peluang untuk memilih.Jodoh bagaimana yang kita nak?maka Allah turunkan Qur'an,dan Rasul utk beri petunjuk.Sabda Nabi berkenaan jodoh,pilihlah yang berAgama,InsyaAllah akan dipelihara hubungan tersebut oleh Allah...nampak?itu konsep mudah.

qadha' yang ditetapkan Allah cthnya :

" perempuan-perempuan Yang jahat untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yangjahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik.."
(an-Nur:26)

kalo diri tu mmg dh jahat...kecenderungan utk memilih adalah org yg sama sifat dan perangainya..maka terjadi la qadar Allah...semua pelaksanaan sunnatullah ini bermula dr siapa?dr empunya diri...tentukanlah,dan KAMU yang menentukannya..

contoh lain adalah makan..ada tak org yg menyalahkan takdir tu,bila lapar,jgn buat apa2.Tunggu2...kalo org tanya kenapa tk makan,ckp je dah takdir..tk penah pulak jumpak org cmni kan.kalau rasa lapar,pandai pulak p cari makanan.sebab apa?sebab tau qadha'(ketetapan) utk hilangkn lapar dgn cara makan.maka qadar Allah pun berlaku.

Satu lagi konsep yang perlu diyakini dan difahami,mengapa qadha' itu berlaku?

Setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita...itulah yang terbaik buat kita sebenar-benarnya..kerana Apa?kerana DIa Maha Mengetahui lagi Bijaksana..DIa tahu apakah ending yang terbaik buat kita..

Kalau kita hidup inginkan kebaikan..maka endingnya Allah akan buka jalan2 kebaikan..tetapi sebaliknya..jika pilihan hidup kita atas jalan kekufuran..maka jalan2 kejahatan akan terbuka seluas2nya..pada masa ia dicampakkan ke adalam api neraka yang menggelegak(rujuk surah al-Mulk ),maka menjerit-jeritlah mereka atas azab tersebut,tak perlu lagi menyalahkan takdir..kerana KAMU yang memilihnya..

sama2lah kita ambik iktibar..moga dpt manfaatnya..ameen..



al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
Tmn Bunga Raya
3.48am