Friday

Islam muliakan Jumaat serlah jati diri Muslim


NABI SAW bersabda bermaksud: “Apabila tiba Jumaat, ada pada setiap pintu masjid malaikat yang ditugaskan menulis orang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di mimbar, malaikat itu melipat lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Allah melantik malaikat khusus bagi mencatat kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunan mulai dari awal waktu hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah.

Kehadiran lebih awal mengerjakan solat Jumaat sangat diutamakan dalam Islam. Oleh itu amat rugi orang yang terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat itu.

Abdullah Umar dan Abu Hurairah menceritakan mereka mendengar daripada Rasulullah SAW ketika Baginda berkhutbah di mimbar, sabdanya yang bermaksud: “Hendaklah orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Hadis riwayat Muslim)


Meninggalkan solat Jumaat adalah perbuatan yang ditegah kerana hukumnya fardu ain terhadap individu Muslim. Orang yang meringankan hukum Allah mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan setimpal.

Orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa lain. Sesungguhnya orang yang dibenar meninggalkan solat Jumaat hanya mereka yang mencapai darjah keuzuran syarie seperti orang sakit dan musafir.

Jika seseorang tiada alasan munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, mereka perlu mengerjakannya kerana solat Jumaat selain kewajipan beribadat kepada Allah, juga syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Islam menyerlahkan perbezaan ketara dengan agama lain supaya umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah kiblat, kitab suci, hari raya dan hari kebesaran. Islam menetapkan Jumaat adalah penghulu segala hari.

Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan Sabtu dan Kristian yang membesarkan Ahad. Perbezaan ditetapkan Islam ini perlu diamal dan dihayati secara praktikal oleh umatnya kerana ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap Muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya cuba dibawa masuk musuh Islam.

Kegagalan umat mempromosikan Islam kepada masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan mereka dipandang hina dan Islam dipandang sepi.

Dengan itu umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terikut dengan adat dan budaya bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya akidah dan terpadamnya garisan ditetapkan syarak.

**dipetik dr ruangan agama Bh

Salam Jumaat buat semua!!


p/s: sebagai renungan

Thursday

Muslimah... oh Muslimah...

Bismillahirrohmannirrohim...


Muslimah oh Muslimah..

mungkin ada dikalangan pembaca yang dah penah bc atau dah pernah tau tentang apa yang ana nak kongsikan ini.. cuma, ialah....manusia.. kadang-kadang tidak ambil peduli sangat apa yang dibaca dan apa yang dah diketahui @ difahami.. (termasuk diri yang mengepost ni..hehe..)
bukankah wanita sangat istimewa??.. =) Let’s check this out …

.: Q.S. An Nuur : 31

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

.: Q.S. Al Ahzab : 59

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang…. Maha benar ALLAH dengan segala firman-NYA.

adapun Rasulullah SAW, manusia termulia dan terbaik sepanjang masa pun mengakui dan sangat memuliakan wanita. ini buktinya :

Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:



Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang shalihah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


Dalam lafazh lain:


Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada wanita yang sholihah.” (HR. Ibnu Majah)


Dalam lafazh lain:

Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.(HR. Ahmad)


Sebaga renungan bersama.. ana nak share artikel yang ana terbc dlu untuk dikongsi kpd shabat2 yang lain.. sampai-sampaikanlah peringatan untuk kebaikan bersama.. wallahua'lam

******

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. ada pulak yang sebenarnya dia bertudung tetapi menayangkan aurat mereka di gambar2 yang lain Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!..masyaAllah... to bila pikir balik betul jugak..

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu atau pun sekarang ini telah ada pilihan utk kita menyimpan gmbr2 di friendster terutamanya di tmpt yg private. so anda cuma perlu mengaprrove kwn2 yg anda rasa layak utntuk melihat gambar anda.


Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..


Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

******adapted from iluvislam.com


P/s: slalu kena nasihatkan cameraman program..jangan sewenang-wenangnya mengupload gmbr muslimah yang x nak gambarnya diupload... Alhamdulillah.. ada yang faham..=)

Wednesday

5 Prinsip Hidup Hassan Al-banna

Allahu ghaayatuna -Allah matlamat kami -Allah is our objective

AL-Rasul qudwatuna -Rasul ikutan kami -Rasul is our leader

Al-Quran dusturuna -Al-Quran perlembagaan kami -Al-Quran is our law

Al-jihad sabiiluna -Al-jihad itu jalan kami -Al-jihad is our way

Al-Mautu fisabiilillah asma amanina -Mati pd jalan Allah cita-cita kami -Dying in the way of Allah is our highest hope

video

Tuesday

Mari Belajar Loghat Kelantan pulak! (pArT 1)

Bismillah hirrahman nirrahim..

Assalamu’alaikum sume..=)
Ha... bulan July dlu kita blajaq loghat kedah.. bulan ni..jom kita belajaq loghat kelantan.. jangan pelik.. sama2 nak belajar.. ha ha
tok pahe buleyh tanyo.. he he jange sege..ni PART 1….

Kalau perasan biasanya perkataan yang berakhir dengan`an' @ 'am' @'ang' diganti dengan `e'. cth :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = geghe
Pisang = pise
Malam = male
Ikan = ike
makan = make
sembahyang = sembahye
kawan = kawe (dlm loghat klate kawe tu saya)
kelantan = kelate
jalan = jale
orang = oghe
lebam = lebe
kolam = kole

Kalau perkataan yg berakhir dgn huruf "ak" ditukar dgn huruf "ok" ,contoh:-
awak = awok@demo@mung
jugak = jugok
kakak = kakok
akak = akok (sejenis kuih)

Dalam loghat kelantan biasanya perkataan yang berakhir dgn huruf "a" ditukar dgn huruf "o", contohnya:-
saya = sayo@ambo@kawe
kita = kito
dia = dio
bahasa = bahaso
nama = namo

BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.) =D

Ade jugak ---------Kelantan + English?? = "Kelantalish" .... hohoho
Contoh:
POZEK = deposit
RIZAT = result
NNEJA = manager
ISTEK = estate
SUWIH = switch
MERKE = market
BOKK = book
RHOBA = rubber/ pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik, contohnya:-

sangat manis = manis LLETING
sangat masin = masin PPEGHAK
sangat pahit = pahit LLEPE
sangat masam = mase PPUGHIK
terlalu tawar = tawar EBER
sangat putih = putih SSUEH
hitam legam = hite LLEGE
birunya~ = biru KKETU
kuning nye~ = kuning NNEHE
sangat kenyang = kenye BBONYAH
sangat comel = comel LLOTE
gemuk kedempol = gemuk DDEBOK
sangat busuk = busuk BANGA
bau hapak = hapok KOHONG
penakut = nnakut/penakut apah
bersepah = kuca hanya (suara mengidung sedikit)
pedas = pedah ccongek
gelap = gelak gelemak
cerah = ceroh boler

Peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh terutama didalam penulisan:-

salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless).Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid) tido lluar(tidur di luar)

sekian dlu.. smbung di entry lain pulak.. :D... slemat belajar & beramal hehe... =)


Thursday

Abang nak beli kuih?


adapted story from ukhwah.com ***

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. 'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya.

Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta.

Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kasihan di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.


****
Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

website yang mesti dihapuskan!

salam semua..

bengang pulak aku baca website ni,tulisan seorg muslim yang murtad,dengan hujah2 yang cukup bodoh lagi bengong.

cukup berbahaya bila guna search engine google,website ni adalah paling top.huhu...ada apa2 cdgn cmna nak halang org jenis2 cmnih?

di bwh ni link website yang memutarbelitkan fakta2 berkenaan Al-qur'an.tlg sebrkn tntg website yang berbahaya nih,kalo tak mudah terpesong.

http://www.answering-islam.org/Bahasa/Quran/SainsIslamik.html

Fadhilat Makkah al-Mukarramah



Sebagai tempat yang diberkati, Tanah Suci Mekah, al-Masya’ir iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina, Miqat serta Tanah Suci Madinah memiliki fadilat tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Justeru, ruangan pada kali ini bakal memaparkan kemuliaan dan kelebihannya buat renungan bersama.

Kelebihan Mekah al-Mukarramah:

Mekah adalah paksi bumi dan merupakan penempatan tertua di mana tinggalnya bapa dan ibu sekelian manusia iaitu Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa apabila kedua-duanya dipertemukan semula oleh Allah selepas diturunkan ke bumi dari syurga.

Mekah adalah Tanah Haram sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hari Fath Mekah: Sesungguhnya negeri ini telah dijadikan oleh Allah sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan Bumi. Mekah adalah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. (riwayat Muslim)


Antara kemuliaan dan kelebihan Mekah adalah:

Tempat yang paling disayangi Allah.

Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Sesungguhnya engkau (yakni Mekah) adalah sebaik-baik bumi Allah, dan bumi yang paling disayangi-Nya.” (riwayat al-Tirmizi)
Betapa beruntungnya jemaah haji kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh berkat ini sebagai tetamu al-Rahman. Sesuai dengan status yang mulia ini, setiap jemaah hendaklah memastikan hati dan diri sentiasa suci agar tidak terjerumus ke dalam kemungkaran dan kezaliman.
Renungilah firman Allah: Dan barang siapa yang berniat melakukan di Mekah kejahatan dengan cara yang zalim, nescaya kami akan merasakannya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (al-Hajj: 25)
Rasulullah SAW pula bersabda yang mafhumnya: Antara golongan yang amat dibenci oleh Allah ialah orang yang melakukan kejahatan di Mekah. (riwayat al-Bukhari)


Gandaan pahala mengerjakan amal soleh.

Beribadat di Mekah menjanjikan pahala dan ganjaran yang berlipat ganda. Jemaah haji sewajarnya mengambil peluang keemasan ini dengan menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka ke arah melakukan amalan solat fardu dan sunat khususnya ketika beribadat di Masjidil Haram, begitu juga amal soleh yang lain seperti bersedekah. Ibadat tersebut akan digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali.

Sabda Rasulullah SAW: “Solat di al-Masjidil Haram lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100,000 kali di masjid lain)”. (riwayat Imam Ahmad).
Al-Hasan al-Basri meriwayatkan: “Sedekah 1 dirham (di Mekah) lebih baik dari 100,000 dirham, dan setiap kebajikan digandakan sebanyak 100,000 kali”.


Kaabah & Masjidil Haram.

Kelebihan Mekah begitu sinonim dengan kewujudan Kaabah sebagai rumah ibadat pertama dan kiblat umat Islam. Ia dibina daripada bongkah batu Gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Judi dan Hira’.
Firman Allah: Sesungguhnya rumah ibadat pertama yang didirikan untuk golongan manusia adalah yang terdapat di Mekah yang penuh keberkatan, sebagai petunjuk kepada sekelian alam. (ali-‘Imran: 96)


Agar tidak dipersiakan kesempatan ini, jemaah haji wajarlah bersegera ke Masjidil Haram agar dapat mengerjakan tawaf Tahiyatul Bait dan tawaf sunat. Tunaikan solat dan duduk di barisan hadapan agar mereka sentiasa dapat melihat Kaabah.

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Allah menghapuskan kesalahan orang yang sedang tawaf serta menulis baginya kebajikan”. (riwayat al-Tirmizi).

Sabda Baginda lagi: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat pada setiap hari; diturunkan kepada Kaabah 60 rahmat bagi orang yang mengerjakan tawaf, 40 rahmat bagi orang yang solat dan 20 rahmat bagi orang yang melihatnya. (riwayat al-Tabrani)

Mustajab Doa

Antara tempat yang mustajab doa ialah di Multazam dan di bawah Mizab. Sambil merapatkan pipi, dada dan dua t apak tangan ke dinding Kaabah, berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan agar segala permintaan diperkenankan Allah SWT.

Tunaikan solat di Hijr Ismail kerana ia juga adalah sebahagian daripada Kaabah. Sekiranya tidak mengganggu jemaah yang sedang tawaf, tunaikan solat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim kerana ia juga tempat mustajab doa.

Firman Allah: Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat. (al-Baqarah: 125)


Hajarul Aswad

Ia adalah kepingan batu yang berasal dari syurga. Jemaah lelaki disunatkan mengucup dan mengusapnya, manakala bagi wanita hukumnya hanyalah harus.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Dia akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada yang telah mengusapnya dengan kebenaran”. (riwayat al-Tirmizi)

Telaga Zam Zam

Menurut riwayat, telaga Zam Zam terhasil dari terjahan kaki Nabi Ismail a.s. atau dari kuisan sayap malaikat Jibrail a.s. Ia merupakan sebaik-baik mata air dan penawar yang terdapat di muka bumi. Minumlah secara beradab dan dengan sepuas-puasnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Air Zam Zam itu (fadilatnya) mengikut tujuan apa ia diminum”. (riwayat Ahmad) dan Sesungguhnya Air Zamzam merupakan makanan yang berzat dan penawar bagi penyakit. (riwayat Muslim)


Bukit Safa & Marwah

Di sini berlakunya perjalanan Hajar mencari manusia untuk membantunya mendapatkan sumber bekalan dan tempat berlindung. Tempat saie ini merupakan syiar Islam sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama Allah. (al-Baqarah: 158)


Justeru, ketika berada di kaki bukit ini, berdoalah dengan menghadap ke arah Kaabah seraya mengangkat kedua belah tangan, kemudiannya bertakbir dan bertahmid kerana ia juga merupakan tempat mustajab doa.


bersambung.

Monday

warna HIJAU dlm al-qur'an? :D

Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayatAl-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghunijannah ataupun segala yang ada disekelilingnya,berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenanganjiwa.

Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman:

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduranmenyamping, tubuh lurus, dengan salah satutangannya dilipat dan telapak tangannya menyanggakepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau danpermadani yang indah"

(QS. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dariperak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minummereka dengan minuman yang suci"

(Q.S. Al-Insan: 21)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijaudan sutra tebal"

(Q.S. Al-Kahf: 31)

Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan"Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusiasangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlahpenelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruhterhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitaskita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; ataubahagia; bahkanbisa berpengaruh terhadapkepribadian seseorang dan berpengaruh terhadapmenyikapi kehidupan.Dan warna boleh menjadi sebab relung jiwa yangdalam terpengaruh dengannya.

Sebuah rumah sakit pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saranan bagi warna dinding ruang pesakit atau warna dinding rumah sakit, sehingga banyak membantu dalam mengubati mereka. Rumah sakit juga meminta saranan tentang warna yang terbaik untuk pakaian pesakit. Sejumlah percubaan telah membuktikan bahwa warna kuning bisa membangkitkan semangat di saraf pusat.

Adapun warna ungu bisa membangkitkanketenangan.Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna merah maka orang akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup (berghairah) adalah warna hijau.

Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk kamar atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah dan pakaian pesakit adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik kami kemukakan di sini bahwa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London,Inggris, di kawasan Black Fryer yang dikenali dengan "kawasan bunuh diri" karena kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini.Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Denganhal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga menjadikan pandangan mata nyaman.

Sumber:Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim

dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz,Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq

Thursday

TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN 'ARASY

Sebagaimana kita maklum bahawa betapa dahsyat huru hara hari mahsyar, ada orang yang rapat satu jengkal sahaja letaknya matahari di atas kepala. Bagaimana panasnya. manusia pada hari itu berpeluh bahkan berasak-asak dengan tidak berpakaian.

Lalu Saidatina Aisyah bertanya Rasulu1lah: "Tidakkah mereka malu!" Lalu Rasulu1lah gambarkan bahawa mereka tidak sempat untuk mengambil tahu tentang keadaan diri mereka kerana betapa huru haranya hari tersebut. Di dunia jika air banjir, bumi tengggelam tetapi di mahsyar peluh manusia membanjirinya, Bagaimanapun air peluh ini, bergantung kepada amalan manusia.

Walaupun duduk ditempat yang sama tetapi ini adalah kuasa Allah S.W. T. Kepanasan itu dapat dilindungi dengan naungan Allah. Oleh itu didapati hanya tujuh golongan sahaja yang dapat perlindungan Allah ini.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

Golongan pertama ialah pemimpin yang adil. Kerajaan yang adil (pemimpin yang adil), melaksanakan keadilan ketika melaksanakan tugasnya mentadbir negeri atau negara; Pemimpin sedemikian adalah orang yang pertama dilindungi dari pancaran cahaya matahari di mahsyar.

Golongan kedua ialah pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. Sejak kecil lagi rnula ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perliridungan di hari kiamat.


Golongan ketiga ialah lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid. Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama.

Golongan keempat dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.

Golongan kelima ialah seorang lelaki digoda oleh seorang wanita yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah. Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah.

Golongan keenam ialah seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak isytihar sedekah di khalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini,jikalau bersedeqah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedeqah,itu adalah unjuran agama,cuma bersedeqah secara sirr(rahsia) adalah lebih baik.

Golongan terakhir iaitulah golongan ketujuh, seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.

Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.

Kesimpulannya bahawa manusia perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.

la bergantung kepada amalan seseorang itu, sejauh mana ia menjadi pemimpin yang adil, sejauh mana menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya, sejauh mana berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah, sejauh mana pergantungan hati kepada masjid dan perkara lain yang disebut di dalam hadith ini, dilaksanakan oleh kita semua. Oleh itu kita mestilah muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan mereka berkenaan. Jika ada kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk yang dikurniakan kepada kita. Jika tidak, kita hendaklah berusaha sedaya upaya kita supaya tergolong di kalangan mereka yang mendapat perlindungan itu di hari tiada pelindung yang boleh menyelamatkan diri darinya melainkan perlindungan Allah S.W.T.


Al-kandahlawi
Menara KPMG
Damansara Utama.

Tuesday

al-fatihah kepada ayah farid

salam...

minggu lepas masa di melaka,sebelum pulang ke K.L. mlm ahad tu..aku terserempak dgn classmate aku, farid, student epsilon accounting,praktikal skrg di MITC,jugak bekas bendahari IU 05/06.tktau la korang kenal ke tk farid ni.badan besar2,selalu dpt first class tuh,jugak pernah conduct class accounting free bwh biro akademk IU.

nk inform,bapak dia pun meninggal dunia jugak,2 hari sebelum raya posa haritu...

info drnya,bapaknya dilanggar kereta di sebelah tepi ketika menunggang motosikal.maka tercampaklah beliau,dan mengalami kecederaan serius dalam pada kepala,dan juga pendarahan otak.terus koma 2 minggu,2 hari sblm raya tu,dia mendpt info bapaknya telah pun pulang ke Rahmatullah..

harap kita sama2 dpt sedekah kan al-fatihah kepada bapak beliau..insyaAllah..

Monday

Gempar!berita hari ini!



Berita hari ini~

Parit Buntar calon Najib, Ali
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_14.htm

PARIT BUNTAR 12 Okt. - UMNO Bahagian Parit Buntar hari ini mencalonkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Mac depan.

Bahagian itu yang mencalonkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden langsung tidak mencalonkan nama Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mana-mana jawatan termasuk Anggota Majlis Tertinggi.

Untuk jawatan Naib Presiden, Parit Buntar mencalonkan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dua lagi nama yang dicalonkan bagi merebut jawatan Naib Presiden ialah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Samad Abdul Samad.

Pada mesyuarat sama, Datuk Abdul Raman Suliman menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar.Parit Buntar calon Najib, Ali


apa yg best dgn petikan berita di atas?

sebab ada nama parit buntar tu je :D..

Parit Buntar adalah tempat kelahiran ku,dan tmpt tinggal aku..hehe..

Beberapa keistimewaan parit buntar yg takdak di tmpt2 lain di malaysia,malah di dunia.

1- ianya merupakan dan juga terletak di sempadan 3 negeri,iaitu Kedah,Pulau Pinang dan Perak.Ia merupakan titik pertemuan ketiga2 negeri ini.

2-sempadan dgn kedah dipisahkan dgn sungai kerian,(banyak buaya),dan juga sempdn dgn pulau pinang dipisahkan dgn "jalan sempadan"(nama sebatang jalan)

3-Parit Buntar adalah sebuah bandar yang dibangunkan dgn mempunyai komposisi elemen2 bandar "lengkap",iaitu perindustrian(bnyk kilang2 gak),perumahan,pentadbiran(pejabat2 bnyk gk),pertanian,(banyak bendang,penternakan ikan dll) kwsn tanjung piandang,perhotelan (Hotel Damai),Rekreasi & kemudahan riadhah (pesisiran sg.Kerian) dan juga x jauh dari laut :D

4- Parit buntar antara satu2nya bandar kecil yang ada 2 bandar dalam satu kwsn,kira cm bandar satelit la..satu digelar "pekan lama",yg dh wujud melebihi 40 tahun lampau,dan juga pekan baru.

5. Parit buntar ada kampung yg sgt luas,dipanggil "kampung kedah".

6. parit buntar merupakan bandar penyampung kepada jalan utama utara-selatan.Di antara pulau pinang smpai ke taiping..tanpa parit buntar,maka tk wujudlah lebuhraya antara tol taiping utara dan tol jawi.:P

7.parit buntar antara tempat yg ada menara jam yang antik dan usianya mencecah puluha tahun.

8.Parit Buntar jugak tempat hasan ali menang(pas) dn juga merupakan kwsn MP YB Ustaz Mujahid (pas).yg merupakan bekas advisor utk Institusi Usrah (IU),sebuah kelab islam di MMU :D

so,dari semua kriteria2 di atas,tak dpt dinafikan lagi..parit buntar memang tempat best of the year,dan berjaya menggondol anugerah the best place to live in the world (BPLW) 2005/2006. :D

p/s : sapa2 yg tk penah mai parit buntar,kira tk sah jadik rakyat malaysia.Visit parit buntar,means you visit Malaysia,thailand and also philiphine.:P

Tuesday

Peristiwa terkantoi sehari sebelum raya~....



Assalamualaikum sume :D

baru rasa cm nak update blog plak harini.cerita kalini pasal peristiwa kelakar yang berlaku di umah aku,sehari sebelum raya.

:D ceghitanya lagu nih..


alkisahnya..,pada 29 ramadhan 1429 yang lepas merupakan besday mak aku.

HEPI BESDAY MAK :D


maka,pada malam tersebut,aku dn adik beradik aku plan cmna nak sambut besday mak aku tu,kasi lain dr yang lain skit.hehe..since boley kata 90% dr family aku ada kt umah.(dua og ja tkdak,abg yg sulung ngn adik kt uitm perlis).adik aku sorg lg yg gemuk study kt mansurah,egypt bhgn perubatan,pun balik raya ni.so,mmg cukup la utk wat havoc2 skit.haha

lepas terawikh malam tu..aku pun pi la cari kek besday ngn 2 org abg aku.aku share duit ngn adik aku,abg aku bli adiah ngn kad..ok..set! hujan lebat sungguh malam tu,abg aku request mintak guna iswara hijau aku yg bermegerlapan.hehe..baru dia tau..civic 2.0 dia bukan power sgt pun utk merentas hujan lebat cmnih.:D [ceh,sbnrnya nak save minyak ler tu]



g la pusing2 kt bandar bagan serai..(bandar woo..hehe)..pusing2..takdak kedai kek yg bukak..yela..dh dkt kul 10 dh masa tu..memang ler..ape ar..then,kitorg pun nekad,pi carik kat parit buntar plak (lebih kurg 20 minit dari bagan serai,kelajuan 110 km/j)..so..dh smpai kt bandar parit buntar,abg aku ckp ada satu kedai kek best n baek punya..pi la berhimpit2 keta masuk pekan malam tu..smpai2 kt kedai tu..tiba2... "eh,mana kedai tu,dah tkdak ka?"



haha..aku pun reply la...waahh....ajaib! kedai kek yg dikatakan itu,sekrang adalah kedai tepon digi.hahaha...nk makan kek digi ka apa..:P


so pi cari kt pekan lama plak...kut2 ada bukak lagik..pusing2..last jumpak satu kedai kecik..jual mknn2 ringan..ada la jual kek jugak..apo lg..trus pi beli..ni hasilnya :


kek sebijik =





Kek coklat+ roti lembut dalam dia..hehe :D


dan kitorg beli sebijik "pompom"(tktau nama apa)..ala..yg bleh tekan pastu keluar riben2
smpai2 kt umah..dh kul 10 lebeyh dh..dkt kul 11..ayah tgh duk memasak kt dapur..mak aku plak duk tgk2 gambar2 lama masa kecik2 dulu ngn kakak ipar aku..sambil2 tu duk layan adik aku yg bongsu lagi buas tahap tenuk sembelit

ni gmbo adik aku yg buas+nakal tuh


dgn senyap2..abg aku bwk masuk kek lalu sebelah mak aku,tp dia tk perasan(tu kecekapan abg aku yg no. 3 tu) dia boleh menyelinap dan menghilangkan diri ala2 halimunan.kalo masa kecik2 dulu..tgh2 kena tibai ngn ayah aku,tiba2 dia bleh hilang.ajaib sungguh.hehe(dh lari keluar mmg le hilang) :P


pastu kitorg pun berlagak selamba cm tkdak apa2 la kan..pastu sume nak atas tgk tv plak..smbil2 tu bincng,cmna nak buat gimik sambutan besday nih.bincg2,sume idea tk bernas.


ada idea sorg nk berlakon buat2 sawan,pastu ada la hero sume2..tp cdgn ditolak.

ada gak idea nk buat kecoh2..gaduh2...pastu wat hepi besday..juga ditolak.kank tgh berlakon gaduh,mai ayah aku tibai sorg,tk pasai jek.hepi besday,jadik sad besday kank.


pastu mcm2 idea gimik,yg kdg tk logik pun ada..sume tkleh accept.last2..aku pk punya pk..dpt satu idea(yg besa buat la masa src dulu.hehe) :P aku pun bgtau cdgn aku kt sume :


plan gimik seperti berikut : aku pi tutup suis letrik utama.so sume bergelap,then buat2 kecoh,abg aku kena bwk mak aku dtg depan,ayah aku sure dtg depan punya kalo letrik padam.:p bila dh smpai,aku on balik,abg aku sorg lg letupkan konfeti kecik tu,then sama2 nyanyi lagu Allah selmtkn kamu & hepi besday.pastu adik aku bwk mai kek,duk sama2,pastu potong.


so aku pun jadik event manager la.aku pun bahagi tugas :

aku = jaga suis utama,bg isyarat kt am,mak smpai start celebrate.

liyana(adik aku no. 3) = jaga kek,bwk bila mak dh smpai depan.

am(abg aku no. 3) = pi dapur,bwk mak g depan,then letupkan konfeti kecik

hapis(abg aku no. 2) = monitor,buat kecoh dan jadik org tgh kontrol event.

imran & huzaifah = duduk kt tgh2 tapak sasaran event & berlakon berpura2 lapar,tggu makanan.(memang dua2 jenis kaki makan,so sesuai la watak tu :P)


okeh.pastu sume turun bawah..ready kt ruang tamu.bila mak aku gerak je kt dapur,ayah aku pun kt dapur,duk rebus kerang...posisi memang cantik ah.aku pun start kiraan :


kiraan satu..kiraan dua...kiraan 3...

lantas aku tutup suis utama.tup! rumah aku terus bergelap..

lepas tu kedengaran suara ayah aku dr dapur :


ayah : haih,,,depa main apa2 plak ler nih..smbil b'jalan menuju ruang tamu

mak: la..blackout pulak

kedengaran suara am sayup2 : mak2..basuh tgn2..(sbb nk bwk ke depan)

belum sempat am bawak mak ke depan,ayah dh smpai dulu kt ruang tamu.nampak hapis kt tgh2 ruang tamu..

ayah : hangpa buat apa nih?

apo lagik...hapis yg tgh ready dgn kamewa nikon dia,pun terpksa cover depan ayah aku tu...buat2 la tgkp gambar.haha.berlakon habes.

pastu ayah aku pun ckp dgn kuat :

ayah :...la..nak tangkap gambar rupanya..ish2..

hapis :shu..shu..(suwuh diam) nk celebrate besday..(kata abg aku slow2)

ayah : laaa...nak buat surprise besday pulak..(ckp dgn kuat dan konfiden).

mak aku pun dgr le kt dapur tu..


arghh...trus aku on balik suis letrik tuh.pakat gelak ler reramai kes terkantoi....spoil betui ar ayah aku ni..baru nk wat surprise,ada ka p bgtau kuat2 plak..hahaha..habes ar rncgn aku..

yg am pulak duk terkial2 tarik mak aku dr dapur tu.apa la..patut tarik terus...dia boleh plak bawak pi sinki basuh tgn dulu sume..memang lambat la..

dh terkantoi..tkpala..terus dgn rncgn seterusnya..adik aku bwk kek,pastu nyanyi hepi besday sama2..then masa nak letupkan konfeti tu,am pi cabut plak penutup konfeti kecik tu.ingtkn dh rosak..pastu yg am ni duk kt belakang,buat spoil plak..duk godek2 konfeti kecik tu,tiba2 meletup..org suma dh abis nyanyi tinggal nak makan kek jek,dia baru nak meletup sorg2 kt belakang tu.hahaha..pastu plak letup jauh plak,kira dia hepi sorg2 la..:P



ni lah org yg bertggjwb merosakkan konfeti kecik(kt tgn dlm gmbr di atas) sambil buat muka menyesal dan renyih2 buat2 tk bersalah.


dan di bawah ni tempat berlakunya letupan yang jauh dari tempat sepatutnya serta kesan2 yang masih bersisa..org yg bertggjwb adalah seperti gambar di atas :P


so tkpala.kek tu pun di bukak..panggil ayah aku join sekali.dia takmo duk skali plak.musti segan sbb dh spoil kan rncgn aku tuh.hahha

then kitorg pun makan ler kek tu..ramai2..


gamba muka2 yg terkantoi(yg pakai baju kuning tu event manager) :p


mak aku pun potong ler kek tu sambil mengpeacekan dirinya..



ha..baru mak aku terharu tgk anak2 dia yang soleh dan solehah ni sambut besday.hehe

kek pun menjadi mangsa mlm tu..tinggal la ada sikit lgik nih :



sapa lg nak..meh2 ambik:p

lepas celebrate tu..sesi penyampaian hadiah..hehe ala2 sekolah rendah plak:P


then ayah aku plak bwk kerang...melantak kerang rebus plak pastuh..umphh..best sungguh :D


melantak lagik..sekali sekala tkpa..hehe :D






gmbr di atas adalah kesan kerang yg diratah habis habisan dgn kejam..:P 18 PL nih.

lepas habis mkn sume..kitorg pun rehat2 sembang2 skit...+lepak2 ar..perut penh,..hehe:D





borak punya borak..dh pukul 1..
so sume masuk tido ler..apo lg..kalo tk kena la ceramah free ngn ayah aku nnti :P



jam di atas menunjukkan pukul 1 pagi,bukan tengahari

tepat jam 1.30..aku pun melelapkan mata..

sekian story sehari sblm raya :P

-the end-